Saturday, February 18, 2012

Kelab Murtad, JPM Bisu, BN, Tiada Jalan Selesai.

BUKTI...laman sosial facebook yang menyokong murtad.
BUKTI...laman sosial facebook yang menyokong murtad.

KL 17 Feb 12: "Biadab." Hanya itu yang boleh dilapor myMetro hari ini.

Menurutnya lagi..

"Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

"Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

"Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

"Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

"Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw." Begitu lapor myMetro.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan kepada pemimpin-pemimpin BN dalam menguruskan hal ehwal agama di negara ini. Inilah kesilapan besar BN menggunakan kuasa pusat memaksa Negeri Kelantan supaya tidak melaksanakan Islam sepenuhnya, sebagai satu cara hidup termasuk perundangan Islam.

Mahkamah Islam (Mahkamah Syariah) dipersempitkan, sehingga tidak mampu menghukum perkara-perkara asas dan besar dalam negara. Tiada undang-undang murtad seperti yang sepatutnya dilaksanakan oleh sebuah negara Islam yang berdaulat. Jadi, bagaimana hendak selesaikan masaalah seperti di atas?

Masalah 'murtad' bukan masalah orang bukan Islam. Ia masalah orang Islam yang belot, bertukar jadi pengkhianat agama sendiri, jadi musuh dalam selimut dan pemberontak dalam agama. Ia adalah perkara besar yang tidakboleh dibiarkan tertangguh lama. Supaya jangan menjadi penyakit berjangkit yang cepat merebak dan perlu dibasmi segera.

Selepas Nabi SAW wafat, Khalifah Abu Bakar sebagai pengganti beliau, tindakan awalnya yang diambil ialah memerangi atau menggempur orang murtad, walaupun hanya kerana enggan membayar zakat. Kerajaan yang tidak mahu menghukum dengan hukum Isam, wajib dihukum. Kalau mahu cara hidup Islam, kena pilih parti Islam (kena undi PAS). Bukan pilih MCA, MIC dan kuncu-kuncunya termasuk UMNO yang tidak Islamik.

Lihat perlembagaan PAS perkara 3, Dasar PAS ialah Islam. Perlembagaan UMNO dasar partinya ialah kebangsaan (asobiah), bukan dasar Islam. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
Perlembagaan PAS
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

4 comments:

Anonymous said...

Owner blog ni tertinggal bas ke? dia ni still hidup dalam zaman Allahyarham Dato' Haji Fadzil Noor ke?

Ni sekarang zaman hadi awang lah!!! pemimpin yang takde telor & cuma bercita2 nak jadik nelayan bila menang...

BN tak ambil kisah pasal murtad, tapi PAS lag teruk bla menghalang usaha orang nak mencegah murtad!!!

Aku sama2 dgn Y.Bhg. Dato' Dr. Hassan Ali masa buat pemeriksaan Gereja DUMC yang cuma murtadkan berbelas umat Islam. Diulangi, PEMERIKSAAN, bukannya serbuan macam yg pihak Gereja tuduh!!! DUMC tu pun tak pernah didaftar..

Apa yang jadik??? Kami dhentam oleh PAS!!!! mana para ularmamak dalam PAS?? dah jadi syaitan bisu macam BN jugak??!!!

Macam ni yang kau kata nak pertahankan Islam??? Nak sebut negara ISlam pun PAS dah tak berani... jadik negara kebajikan. Ko ingat MAlaysia ni negara sosialis?? nak jadik Macam Korea Uara tu???!!

Sumpah aku tak akan pangkah PAS untuk PRU 13 kali ni..

Anonymous said...

hoi parasit!!!

Sila jawab soalan aku ni!!!

BN membisu au dah tak heran. Perangai buruk depa memang macam tu.

Tapi aku nak tanya pada para pemimpin PAS, parti yg aku pangkah selama ni...

Siapa pemimpin PAS yang ada ulas pasal isu ni???

Sila bagi senarai nama kalau ada...

Y.Bhg. Dato' Dr. HAssan ali korang dah pecat!!!

Ha... bgtaulah sape pemimpin PAS yang ada bersuara pasal isu murtad ni!!!!

Anonymous said...

harapkan pas,habis dipecat kalau menentang hal murtad ni..lagi teruk bang....

Melayu Kristian said...

Assalam alaikum.

Saya seorang berbangsa Melayu yang juga seorang murtad dalam Islam dan munafiq dalam Islam.

Matlamat saya dan umat Murtad adalah untuk menghapuskan Islam dan mansurkan syariah supaya Malaysia jadi macam Turkey dimana Mustafa Kamal AttaTurk, seorang Murtad dan Munafiq berjaya hapuskan Islam.

Saya mempelawa semua warganegara Malaysia untuk melayari laman Internet Kelab Murtad Di Malaysia di alamat http://kelab-murtad.blogspot.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails