Friday, February 17, 2012

Laptop & Sambung WiFi Lemahkan Sperm Lelaki.


PENGGUNA

KL 17 Feb 12: Kemajuan teknologi membuat semua orang berlumba-lumba untuk menikmatinya secara maksimum. Jika sepuluh tahun yang lalu hampir tidak ada orang yang memegang laptop ketika melepak, sekarang semua tempat melepak tak lengkap jika tidak menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.

Tetapi ada risiko besar yang dihadapi oleh lelaki yang suka menghabiskan masa dengan laptop dan internet yang berhubung dengan isyarat Wi-Fi. Apa dia?

Dilapor oleh Vancouversun, satu kajian dilakukan di Argentina, dilaporkan pada Journal Fertility and Sterility mendapati bahawa laptop dan sambungan internet boleh menurunkan kualiti sperm.

Kajian dilakukan dengan cara mengambil contoh sperma dari 29 lelaki sihat. Beberapa titis sperm tersebut diletakkan di bawah sebuah laptop disambungkan dengan Wi-Fi yang sedang melakukan proses download. Manakala beberapa titis sperm lain ditempatkan pada suhu yang sama tetapi jauh dari laptop.

Selepas empat jam, didapati bahawa sperm yang diletakkan di bawah laptop sebanyak 25% tidak boleh berenang. Manakala sampel sperm jauh dari laptop sebanyak 14%, tidak berenang. Lebih buruk lagi, 9% daripada sampel sperm diletakkan di bawah laptop mengalami kerosakan DNA, tiga kali lebih besar dari sampel sperm yang jauh dari laptop.

Penyebab masalah ini adalah adalah radiasi elektromagnetik yang dihasilkan selama proses sambungan berlangsung antara laptop dan Wi-Fi, demikian menurut Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductiva di Cordoba.

“Data kami menunjukkan bahawa penggunaan laptop yang disambungkan dengan internet melalui rangkaian wayarles dan dikatakan dekat dengan organ pembiakan lelaki dapat menurunkan kualiti sperm mereka,” tulis para penyelidik dalam laporan mereka.

Maka, jaga-jagalah wahai lelaki.. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails