Wednesday, February 15, 2012

N/Aziz Diakui Harmonikan Pelbagai Kaum -JKMKPA

KOTA BHARU, 14 Feb 12: Rakyat Kelantan pelbagai anutan agama di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui berjaya mewujudkan keharmonian pelbagai kaum walaupun pemimpinnya beragama Islam.

Perkara itu diakui oleh Jawatankuasa Mempromosi Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMKPA) yang diketuai Datuk Azman Amin (gambar). Perkara itu didedahkan pada pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di JKR 10, di sini tengah hari tadi sempena lawatan selama empat hari.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai anutan agama seperti Islam, Kristian, Budha, Sikh dan lain-lain anutan agama yang diketuai oleh ketua agama masing-masing. Selain itu, jawatankuasa ini juga turut mengagumi Masjid Jubli Perak Rantau Panjang atau lebih dikenali Masjid Beijing memandangkan reka bentuknya berupa rumah ibadat Buddha.

Azman dalam ucapan aluannya berkata, anggota jawatankuasa berkenaan begitu berpuas hati dengan lawatan itu.

“Hasil pertemuan kami dengan penganut agama lain di negeri ini mereka mengakui begitu aman di bawah pentadbiran kerajaan negeri hari ini.

“Mereka juga mendakwa tiada sebarang masaalah yang dihadapi oleh kaum mereka di sini, perkembangan ini jelas membuktikan suatu kehebatan yang ada di negeri Serambi Mekah ini,” ujarnya.

Kelantan dipilih negeri kedua dilawati selepas negeri Sabah.

Sementara itu, Daozhang Tan Hoe Chieow, melahirkan kekaguman di atas pembinaan Masjid Beijing. “Kalau tak masuk dalam masjid ni, tentu saya anggap ianya rumah ibada kaum Buddha, sungguh mengagumkan,” ujarnya ketika berucap pada majlis lawatan di masjid tersebut. (IH/Hrkh)

Lihat sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails