Monday, February 13, 2012

Jangan Salahkan Cina, Bila Melayu Terpinggir.


IPOH, 13 Feb 12: Jangan persalahkan orang Cina atau parti-parti politik Cina di atas kegagalan pimpinan Umno sendiri untuk meletakkan kedudukan sosio-ekonomi Bumiputera ditempat yang adil dan sepatutnya.

Begitu antara kata bekas menteri Penerangan dan Komunikasi, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Menurut bekas menteri itu lagi, Umno sudah menyimpang jauh dari perjuangan asal mereka dan beliau menegur sikap Umno yang mengunakan rasuah politik untuk membeli undi. Umno juga telah gagal menjaga sosio ekonomi Bumiputera termasuk telah memansuhkan kemudahan pinjaman 30% kepada syarikat kecil bumiputera.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) mengunkapkan kembali kata-kata itu dan berkata rakyat khususnya orang Melayu akan terus dibelengu kemiskinan selagi Umno BN dibiarkan memerintah negara. Sudah lebih 50 tahun Umno BN diberi mandat memerintah, namum keadaan ekonomi rakyat kebanyakan, khasnya orang Melayu tetap tidak berubah.

Kata Ustaz Abu Bakar lagi, Umno yang mendakawa membela Melayu katanya hanya membela pemimpin Melayu Umno untuk terus mengumpul kekayaan mereka..

“Sebenarnya pemimpin Umno yang kononnya berjuang mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

“Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu.

"Di sini jelas menunjukkan bahawa Umno sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan hak orang Melayu, semua tindakan mereka hanyalah semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin Umno yang terus ingin membolot harta rakyat," kata Ustaz Abu Bakar lagi.

Abdul Kader yang juga Timbalan Presiden NGO Amanah sebelum ini, turut menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menuding jari kepada pihak lain berhubung kegagalan perlaksanaan agenda bumiputera.

Lihat apa jasa Cina kepada orang Melayu?

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..
E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails