Saturday, February 18, 2012

Pesawat Bajet Air Australia Bankrap, Ribuan Kandas.


BEBERAPA penumpang syarikat penerbangan Air Australia yang terkandas duduk di sebuah lapangan terbang Phuket, Thailand.

SYDNEY – Beribu-ribu penumpang dari Hawaii menuju ke Thailand terkandas semalam apabila syarikat penerbangan tambang murah, Air Australia kehabisan wang.

Dalam satu kenyataan syarikat yang berpangkalan di Brisbane itu memberitahu, pihaknya telah melantik firma kecairan tempatan, KordaMentha sebagai pentadbir sukarela syarikat tersebut. Pentadbiran sukarela itu adalah sama dengan terma perlindungan bankrap.

Perkembangan tersebut berlaku sehari selepas syarikat penerbangan utama Australia, Qantas mengumumkan ia membuang sekurang-kurangnya 500 pekerja, memotong perbelanjaan dan menutup dua laluan antarabangsa selepas keuntungan syarikat merudum 83 peratus pada suku pertama kewangan tahun ini.

“Semua pesawat Air Australia tidak akan melakukan penerbangan. Syarikat kehabisan dana untuk membayar kos operasi, justeru, semua penerbangan dibatalkan dengan serta-merta,” kata kenyataan ketua Korda Mentha, Mark Korda.

Menurutnya, sekitar 4,000 penumpang yang kini berada di seberang laut telah menempah tiket penerbangan pulang dengan Air Australia. Beliau seterusnya menasihati mereka agar membuat persiapan alternatif untuk pulang ke Australia.

Beliau memberitahu stesen radio tempatan, ABC bahawa Air Australia tidak dapat membeli bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand pada malam kelmarin.

“Susulan perkembangan tersebut, lembaga pengarah syarikat bermesyuarat pada pukul 1.30 pagi semalam dan melantik kami (KordaMentha) sebagai pentadbir sementara Air Australia,” kata Korda.

Dalam perkembangan berkaitan, penumpang yang terkandas rata-rata memberitahu, mereka tidak dimaklumkan tentang perkembangan tersebut.

“Tiada seorang pun wakil Air Australia di lapangan terbang,” kata seorang wanita, Wesa Chau kepada media Australia ketika menunggu penerbangannya di Phuket.

“Mereka (Air Australia) tidak menawarkan apa-apa bantuan,” tambahnya.

Penerbangan Air Australia merangkumi laluan antarabangsa ke Pulau Bali di Indonesia, Pulau Phuket dan Hawaii selain destinasi tempatan iaitu Brisbane, Melbourne, Perth, Derby dan Port Hedland di Australia Barat. – Agensi

1 comment:

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails