Gambar-gambar di atas digunakan oleh sebuah blog untuk menarik perhatian. Berita sebenar, Johor Bahru 22 Feb: Pelanggan dan pekerja khidmat seks di dua rumah tumpangan di Jalan Wong Ah Fook di sini bertempiaran lari dengan ada antaranya dalam keadaan berbogel semata-mata untuk mengelak daripada ditahan polis dalam serbuan hari ini. Tiada cerita ahli DAP pun..
JOHANNESBURG: Pembantu rumah yang berbogel ketika bekerja dan tukang paip yang bukan setakat buang kekotoran yang melekat di paip, tetapi “membuang” bajunya juga.
Inilah perkhidmatan yang diberi oleh sebuah syarikat di Afrika Selatan.
Natural Cleaning Co., yang mendakwa satu-satunya syarikat “menawarkan  semua perkhidmatan secara berbogel di dunia,” ditubuhkan sebulan lalu  oleh Jean-Paul Reid, setelah mengalami masalah untuk mendapat pekerjaan  sebagai akauntan di negara yang mempunyai 23.9 peratus kadar  pengangguran.
Syarikat itu menawarkan khidmat pembersihan rumah, perakaunan,  undang-undang dan kerja-kerja tukang untuk wanita, dengan satu syarat -  staf akan tiba sama ada separuh bogel atau berbogel, bergantung kepada  permintaan pelanggan. 
Reid, 29, berkata, “Khidmat pembersihan paling popular diikuti oleh khidmat tukang untuk wanita.”
 Katanya, buat masa ini, dia menerima seorang pelanggan sehari, dan  biasanya dikalangan lelaki pertengahan umur dan berkulit putih.
Semua pekerjanya bekerja secara separuh masa dengannya dan mempunyai  pekerjaan lain seperti model, pelatih peribadi dan pelajar di bidang  undang-undang dan perakaunan.
Perkhidmatan yang diberikan adalah “hiburan semata-mata” dan menurut Reid, “Kami tidak menawarkan khidmat pelacuran.”
Laman syarikat itu, naturalcleaning.wozaonline.co.za memaparkan  gambar lelaki sasa tanpa baju memegang pembersih hampagas  dan gambar  wanita sedang menggosok tanpa memakai pakaian kecuali sepasang stokin,  seorang tukang masak meletakkan mangkuk salad dan pelbagai perkhidmatan  berbogel yang lain.
Harga perkhidmatan itu antara 175 rand (RM69) satu jam untuk  perkhidmatan “separuh berbogel” hingga ke 450 rand (RM179) untuk seorang  profesional seperti peguam, akauntan dan tukang paip. - AFP
 
 

No comments:
Post a Comment