Saturday, March 03, 2012

Tok Guru N/Aziz Hadir Majlis 3 Artis

HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU, 3 Mac 12: Tiga artis yang mewakili tiga negara telah membuat persembahan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan. Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) telah selamat disempurnakan perasmiannya oleh Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, malam tadi (gambar).

Tiga artis di majlis bersejarah yang mewakili tiga negara telah membuat persembahan di Stadium Sultan Muhammad IV itu ialah, Kumpulan Raihan (Malaysia), papa rock Ramli Sharif (Singapura) dan Opick (Indonesia).

Hampir 5,000 orang hadir pada program yang penuh warna warni itu walaupun keadaan hujan.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota-anggota exco yang lain, Adun serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Sempena majlis itu, dua pertunjukkan bunga api telah diadakan di samping persembahan lagu tema TMK@12. Takiyuddin ketika berucap pada majlis itu memberitahu pihaknya akan berusaha untuk menjayakan hasrat mencapai kehadiran pelancong dalam dan luar negara seramai 6 juta orang.

Katanya, untuk menjayakan hasrat itu pelbagai persembahan dan program telah diatur untuk menarik lebih ramai pelancong.

“Selain persembahan malam ini, diadakan juga Pesata Sukan Air, pertunjukan kereta berhias dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Ramli Sarip mendendangkan beberapa buah lagu popularnya Doaku Buat Mu Kekasih, Nyanyian Serambi, Kasturi, manakala Opick Cahaya Hati serta lagu popularnya Rapuh dan Raihan lagu-lagu nostalgia kumpulan itu seperti Syukur, Allahu. (IH)

Video..

  1. Ramli Sarip - Bukan Kerana Nama

    www.youtube.com/watch?v=T06i6qHv5zk23 Dec 2005 - 5 min - ziarahseni
    Album: Ruh Zaman (2005)
  2. Ramli Sarip - Kamelia

    www.youtube.com/watch?v=CreKbwMTZA812 Oct 2005 - 5 min - ziarahseni
    Album: Ruh Zaman (2005)
  3. Ramli Sarip - Nyanyian Serambi

    www.youtube.com/watch?v=4mTkXNdXrKs12 Oct 2005 - 7 min - ziarahseni
    Album: Ruh Za

3 comments:

Anonymous said...

pas sudah sesat,dahulu katanya hiburan ini haram...sekarang ni sejak berkawan dengan dap,hiburan halal lah pulak...apa punya setan dah hinggap atas kepala daaaa....pas bodoh

Anonymous said...

Kamu yang bodoh, tak paham agama. Hiburan macam mana yang tak boleh? Yang macam dalam tv BN jahiliah tu tak boleh le..

Tebuan said...

@Anonym paling atas...
Lu ni silap ibu mengandung ka atau silab asuhan... Kasihan lu bodoh hingga kini harap-harap taklah bodoh selamanya. Rajin2lah ke masjid dengar kuliah atau paling kurang belilah buku2 agama dan baca.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails