Thursday, March 01, 2012

Syabas Phahrolrazi, Terima Exco Bersyarat

KL, 1 Mac 12: Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan syabas kepada Datuk Phahrolrazi Nawawi (gambar) yang menegaskan beliau sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung tugasnya sebagai exco kerajaan negeri Kedah semalam. Apa lagi bila hubungan dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mencapai tahap kritikal.

Dalam laporan Utusan Malaysia semalam, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula sebagai exco kerana mempunyai perbezaan pendapat dengan Menteri Besar itu berhubung soal pentadbiran kerajaan negeri. Beliau menambah tindakan untuk tidak menyambung tugas itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak seperti yang dikaitkan sebelum ini iaitu Anwarism atau Erdogan untuk mendesak Azizan melepaskan jawatannya dalam kerajaan.

"Hal berkaitan khilaf atau berbeza pendapat tidak boleh dielak dalam mana-mana kepimpinan organisasi. Kadangkala dalam 10 perkara mungkin empat lima perkara tidak sependapat, tidak apa lagi tetapi kalau enam tujuh perkara tidak sependapat tidak wajarlah kita duduk dalam organisasi ini.

"Kenapa sekarang? Saya melihat tahun pertama PAS Kedah mula mentadbir parti masih terumbang-ambing lagipun tentulah tidak banyak keputusan kita buat, tetapi sekarang banyak perkara dan keputusan dibuat," katanya.

Semalam lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Phahrolrazi antara dua exco sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah termasuk Datuk Dr Ismail Salleh.

Menurut akhbar rasmi Umno itu, Phahrolrazi mengakui sudah lama 'tidak sebulu' dengan Azizan berkata, ia melibatkan hal berkaitan pentadbiran kerajaan negeri yang meliputi isu kecekapan dan dalam perkara membuat sesuatu keputusan.

Menyentuh kemungkinan beliau akan menerima semula tawaran sekiranya dilantik sebagai exco, Phahrolrazi memberitahu, beliau sedia berbuat demikian, namun dengan beberapa syarat.

"Saya tidak boleh dedahkan syarat itu, biar ia jadi rahsia dulu," katanya.

Phahrolrazi juga mengakui bahawa Dr Ismail sependapat dengan beliau dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

"Selepas empat tahun mentadbir kita boleh menilai keberkesanan kerajaan negeri, jadi saya memilih untuk tidak lagi bersama barisan kepimpinan negeri," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beliau bercita-cita mahu menjadi menteri besar, Phahrolrazi berkata, perkara tersebut tidak benar kerana beliau sepatutnya perlu terus berada dalam kerajaan negeri jika mahu memegang jawatan itu. (IH/MI)

6 comments:

lijitra said...

Syabas phahrolrazi.dah mula tunjuk belang.nak terima jawatan ezco pun bersyarat.awat awal dulu tak dak syarat.ni bukan lagi parasit tapi Pelesit.

Anonymous said...

Dah ada jawatan mula nak tunjuk besar kepala, macam perangai umgok saja mamat ni, nak kawan dengan Hasan Akidah kot

cucukerinci said...

contoh manusia yg angkuh dan pentingkan diri sendiri...sanggup buat tindakan yg boleh merosakkan parti kerana dah dikuasai sifat mazmumah...

Anonymous said...

Hidup kene ada prinsip. Semua mengaku berugama Islam., tetapi prinsip berubah2. Apa-apa sahaja keputusan Phahrolrazi, itu adalah berdasarkan prinsip asas yang ada padanya. Siapa kita untuk nak mengutuk kehendaknya, apabila dia sendiri mengatakan bahawa keputusannya berundur adalah untuk tidak menyusahkan MB dalam membuat keputusan dimasa2 yg akan datang.

Kalau dia seronok dengan pangkat & kuasa, sudah tentu dia buat tak tahu sahaja akan apa yg berlaku di Kedah sekarang.

Syabas Phahrolrazi! Tak ramai yang macam anda sekarang. Yang nak bergayut kepada kuasa sampai habis nafas pun ada ramai sekarang.!

azelin ahmad said...

Pernah dak kita siasat atau bertanya kenapa Phahrolrazi dan Dr Semail wat cam tu.... Apa persoalan sebenarnya... tak puas hati pasai apa...
1. Pasai tanah bendang tu... hampa yang dok kata kat dia hampa tau ka...
2. Pasai rasuah tu...hampa tau ka...sapa rasuah sapa.
3. Pasai nikah kawin cerai..sapa kawin cerai..sapa..
4. Pasai KUIN tu..awat hampa reti sangat kaaa....
5. Pasai orang peronyok kertas tuuu..hampa tau ka...
6. Pasai ada orang lari tak mau bertanggungjawab, bila pi habak masalah....hampa tau ka...
7. Pasai kroni mengkroni berjuta pulak tuuu..hampa ada maklumat ka.
8... Issshhhh banyak lagi hampa cari sendiri laa..... waala jangan tak waala..... aku suruh hampa siasat... cari kebenaran..bukan meyempitkan jalan...bukak bagi luaih ( luas )bukak bagi elok-elok.. tok sah dok buat perangai budak-budak..sikit-sikit nak tengkin dan herdik....
9.Ambik wuduk solat hajat la...hat tu kita yang jemaah nieee patut patut kena buat.....
10.Masa undi dulu kita rasa susah la nak menang...bila Allah Taala bagi menang...amanah nie kita wat lebih kurang saje ..waala..waala...waala...
11. Nak menang dah lah susah.. nak jaga kemenangan nieee lagi lagi la susah...
12. Elok lah Phahrolrazi dengan Dr Semail cabut... hampa pun MB sebelah mata pun tak boleh tengok..meluat..meluat... Saudara Mahfuz..hang jangan dok menyampuk..u re fired.. esok-esok hang pi la sembang di kedai kopi tang stadium tu...cari maklumat baru.... tapi hang kena dok diam-diam..ingat tuuuu..

Anonymous said...

Hang yang tahu macam2 tu awat tak report ja kat SPRM..Sembang macamla tau semua..Dah tau semua wajib hang report. Cegah kemungkaran jadi wajib pada hang sebab hang tau. Kami tak tau apa2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails