Saturday, September 03, 2011

Mogadishu: Kenapa Rakyat Malaysia Diserang?

Gambar diedarkan oleh Bernama menunjukkan Noramfaizul sedang merakamkan keadaan di sekitar di Mogadishu, beberapa jam sebelum dia terbunuh. – Foto Reuters

Sebak ... Naemah Abdul Majid menutup wajahnya tidak dapat menahan perasaan tatkala melihat gambar terakhir anaknya Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor beberapa jam sebelum maut terkena tembakan curi ketika ditemui di kediaman keluarga arwah di Kuala Lumpur, Sabtu. Jurukamera Bernama TV itu maut dalam Misi Kemanusiaan ke Somalia bersama Kelab Putra 1Malaysia semalam. - Foto BERNAMA

MOGADISHU: Tembakan peluru sesat yang menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor di sini pada Jumaat lalu, bukannya daripada kerajaan... Bukan daripada Al-Shabaab atau pihak berkuasa. Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa rakyat Malaysia diserang.

Ianya akan disiasat Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Somalia. Menteri berkenaan Abdisamad Maallin Mohamud berjanji dalang di sebalik kejadian itu dicari dan dihadapkan ke mahkamah. Beliau meminta maaf terhadap tragedi itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Malaysia berikutan kematian Noramfaizul.

"Ini (tembakan) bukannya daripada kerajaan...bukan daripada Al-Shabaab (pihak berkuasa). Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa (rakyat Malaysia) diserang," kata Abdisamad. (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Bangang punya UMNO yang di ketuai olih Azeez nak berlagak jadi hero dan akibat nya hilang nyawa, isteri hilang suami dan anak kehilangan bapa.
Hanya orang gila yang berani masuk ke Somalia tanpa persiapan keselamatan! Ini lah bangang dan hipokrit UMNO!
Siapa yang membenarkan perjalanan ini.
Siapa yang memperuntukan kewangan dalam perjalanan ini dan atas dasar apa dan apa kedudukan kementerian Luar Malaysia atas isu ini?
Apakah pandangan dari mereka yang pakar dengan situasi di Somalia tidak di ambil kira? Kenapa orang awam bukan pihak tentera yang menjalankan misi ini?
Penyiasatan terperinci mesti di buat dan lagak dan sikap orang seperti Azeez ini tidak diperlukan dalam Malaysia. Misi ini menggunakan peruntukan dari mana?
Wahai Rakyat Malaysia sedar lah kerana kalau mengikut langkah UMNO maka ini lah akibat nya.
Takziah kepada keluarga allahyarham dan ALFATIHAH.

Ahmad Irfan said...

T. kasih. Bagus komen tuan.

Sang Kelana said...

Salam Syawal,

Kepada anon0100 dan golongan sefikiran dengan mesejnya..kurang adil jika melihat isu kematian ini dari sudut pandangan politik dan partisan sahaja.Saya menyeru supaya ingatlah 'pesan' Allah dalam al-Maaidah:48.

Pertamanya, berbanyak takziah dan simpati kepada keluarga almarhum.Dalam simpati dan sedih, kita juga patut merasa bangga kerana seorang saudara dan rakyat kita telah secara literalnya berkorban untuk menolong saudara kita di Somalia.Soal siapa dari Malaysia yang menjalankan misi bukan pokoknya, sekurang-kurangnya ianya bukan pertubuhan kristian atau agama lain yang mungkin boleh melalaikan saudara seagama kita di sana. Tidak timbul jika pihak tentera sahaja yang boleh melakukan misi begini.Mengapa perlu disekat mereka yang mahu berbuat baik,malah patut ditolong dengan bantuan tambahan seperti perlindungan keselamatan tentera jika sesuai dan perlu.

Jika ingin spin-off dari isu ini sekalipun, spin kepada yang positif, bahawa rakyat Somalia yang beragama Islam tidak dilupakan oleh saudara seagama mereka di Nusantara malah telah dibyar dengan harga termahal.Sepatutnya jika ingin dipolitikkan isu ini sekalipun, maka mengambil semangat ayat dari al-Maaidah tadi, maka dihantar misi demi misi ke mana-mana pelusuk dunia yang memerlukan bantuan dan berlumba-lumba dalam menonjolkan diri untuk membuat kebajikan..bukannya dihentam mereka yang telah mendahului(apakah tiada rasa malu?)

Hakikat manusia ingin mencari silap yang lain tanpa memandang diri. Maka untuk meraikan hakikat ini, saya juga menyeru supaya siasatan dilakukan, jika ada kelalaian berlaku dari aspek keselamatan hingga berlaku kecelakaan begini.Jika ada yang tersilap atau pernyelewengan, siapa yang patut dipertanggungjawabkan, apa hukuman@tindakan setimpal dan langkah pencegahan. Setelah itu, sama-sama mengambil iktibar dan 'move-on'.Jangan dilupakan keluarga mangsa,samada arwah atau yang cedera dan jangan kerana secebis takdir ini, ditinggalkan kerja-kerja amal sebegini.Arwah dan mangsa yang cedera patut dilihat sebagai simbol hero kepada agama, bangsa dan negara.Noktah.

(Saya cuba mengelakkan menggunakan nama sebarang pihak atau individu, kecuali dalam hal yang dirasakan cukup am.Pandangan adalah satu cubaan pengislahan kepada siapa jua)

Anonymous said...

Mati pergi menabur bakti di Somalia membantu sesama Islam, 'bangang' rupanya bagi golongan ini. Tapi mati ketika demonstrasi 'BERSIH' yang dianjurkan orang yang menyokong murtad, dianggap syahid pula... memang bodoh piang la golongan khawarij anjing2 neraka ini...

Anonymous said...

sekurang2nya ada juga yg ingin menyelamatkan umat lslam dpd mati kebuluran. kafir kristian hanya berkehendakan keuntungan jika membantu. harapkan yg memperjuangkan lslam konon tak boleh diharap lagi cuma kepentingan dunia sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails