Wednesday, August 31, 2011

Majlis Peralihan Libya Tolak Pengaman PBB, Syabas!

Pejuang pemberontak Libya memerhatikan katil di rumah ladang milik Muammar Gaddafi di bandar Abu Grein, 138km ke barat Sirte, semalam. — Foto Reuters


NEW YORK, 31 Ogos 11: Kepimpinan sementara Libya menolak idea untuk menempatkan sebarang pasukan tentera pengaman antarabangsa, demikian menurut duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Tripoli, Ian Martin.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata negara itu tidak memerlukan bantuan luar untuk mengekalkan keselamatan.

Perkembangan muncul ini ketika pejuang pemberontak sedang menghampiri kubu kuat Muammar Gaddafi di Sirte dari sebelah barat dan timur.

Askar yang pro-Muammar diberi tempoh sehingga Sabtu ini untuk menyerah diri. Timbalan wakil Libya ke PBB, Ibrahim Dabbashi memberitahu BBC bahawa situasi di negara itu adalah unik.

“Mereka (PBB) mempertimbangkan kemungkinan menempatkan pasukan pengaman tetapi pada hakikatnya krisis Libya adalah kes khas.

“Ia bukan perang saudara, ia bukan konflik antara dua pihak. Rakyat mempertahankan diri mereka daripada kepimpinan diktator,” kata beliau.

Bagaimanapun Martin berkata PBB dijangka akan didampingi untuk mewujudkan satu pasukan polis. “Kami tidak menjangka pasukan pemantau tentera akan diminta,” kata beliau selepas satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Majlis Peralihan Libya. Jangan biarkan terlepas dari mulut harimau tetapi mulut buaya menganga menunggu! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails