Thursday, September 01, 2011

PAS Sasar 60 K/Parlimen & Melayu/Islam, Tapi...

K/Terengganu, 1 Sept 11: PAS menyasarkan untuk menang 60 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

“Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen,” kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Kompleks PAS Kuala Terengganu. Pada 2008, PAS bertanding di 66 kerusi dan menang 23 kawasan. PAS menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) tiga tahun yang lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS menjadi pemimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak jatuh kembali apabila dirampas melalui pembelian tiga Adun Pakatan. Untuk pilihan raya akan datang, kata Abdul Hadi, PAS mensasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya.

Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, PAS katanya memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras. "Kalau nak undi -slam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatandakwah, budi perkerti dan pujukan...saya yakin mereka boleh berubah.

"Perlu ambil masa, sabar..pujuk mereka.. Perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kitan," kata Abdul Hadi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu/Islam, PAS perlu berhati-hati dalam ucapan dan membuat kenyataan akhbar supaya tidak mudah dieksploit bagi menjauhkan orang Melayu dari PAS.

Sudah beberapa kenyataan dikeluarkan akhir-akhir ini, yang disifatkan sebagai 'kenyataan bodoh' tidak berhati-hati, dan mengembirakan UMNO. Kadang-kadang mereka seolah-olah tidak sedar, bahawa mereka yang bercakap itu adalah pemimpin tinggi PAS, bukan ahli biasa lagi.
(IH)

Lihat juga..

1 comment:

Anonymous said...

bagaimana dengan terengganu ? umno terengganu berpecah pun pas tak boleh tawan terengganu.

pemimpin pas terengganu yang tewas pula menguasai pas pusat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails