Friday, September 02, 2011

Mat Indera, Guru Agama Bertauliah Seorang Komunis?


K/TERENGGANU, 2 Sept 11: Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

"Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menuduh Mat Indera seorang komunis, walaupun beliau seorang ustaz berperibadi Islam yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor... adalah sama dengan menuduh ustaz-ustaz UMNO tidak Islam, kerana menganut faham asobiiah kebangsaan yang ditolak oleh Islam. Apalagi kalau mereka itu pemimpin UMNO yang bukan ustaz... (IH)

9 comments:

Anonymous said...

ko pikir mat indera saja? knapa ko tak pikir bab komunis yang bersamanya tu? ko tak boleh bayangkan ke kalau mat indera dan komunis berjaya waktu tu? Writing like rubbish, useless blog.

Anonymous said...

Inilah jadinya apabila kuasa dijadikan kiblat oleh pas....maka pak syeikh pak syeikh dlm pas dgn mudah diperdaya oleh cina kafir harbi DAP utk mengikut telunjuk perjuagan mereka....apa tidaknya PAS bukan shj mengikut telunjuk DAP malah DAP juga sudah menjadi sebahagian daipada PAS itu sendiri....buktinya apabila DAP secara sulit dan senyap berjaya menubuhkan cawangan DAP dlm PAS iaitu satu saf baru dlm organisasi pas dipanggil himpunan penyokong pas yg mereka tidak sedar adalah senjata sulit DAP utk access maklumat dan strategy pas dari dlm parti itu sendiri...anggota atau ahli himpunan penyokong pas itu sendiri merupakan penyokong tegar DAP dan ahli DAP....lihat betapa PAS buta melihat strategy DAP utk menghidu sebarang kesongsangan dlm PAS yg mereka acu atau remote control kan asal dijanjikan sokongan oleh on muslim sbgi balasan....malahan dewan himpunan penyokong pas ini sudah mula mendesak diberikan kuasa mengundi dlm muktamar agong pas yg lepas...lihatlah betapa bijak nya komunis mengatur pas dlm perjuangan mereka hingga kiblat perjuagan yg asalnya utk islam kini utk kuasa segalanya rela dilacurkan....DAP lah y mengatur agar matsabu dinaikkan menjadi timbalan presiden pas atas dasar sifat mat sabu itu yg sebulu dgn lim kit siang, guan eng dan pemimpin cauvanist cina DAP tetapi tidak dgn karpal sigh....PAS dan penganut penganutnya sudah semakin buta dan tuli kerana berangan kuasa yg dijanjikan sokongan org org tioghwa malangnya bila DAP menang di penang...satu kerusi exco pun pas tidak diberi berbanding di kedah DAP walau menang hanya satu kerusi tapi tetap diberikan satu kerusi exco....hebat DAP bila menguasai PAS dai luar dan dalam....tunggulah PRU 13 or melayu akan ajar PAS tentang kuasa....

Dupuis said...

aaaahh, makin berbelit jadinya bila kenyataan Mat sabu disambut dan dipertahankan lagi...apa faedahnya pada pakatan....Pas ada buat penyelidikan yang boleh diiktiraf kah bagi menafikan Mat Indera tidak terlibat bersama puak komunis ketika menyerang bukit kepong.

Bolehkah Mat Indera berjuang sendirian. Kalau dia tak ikut serta komunis tentu dia ada pengikutnya sendiri....sila senaraikan pengikutnya dan nama kumpulan mereka...kalau ada....memang kerja bodoh buat kenyataan demi kenyataan mempertahankan apa yang orang lain tak mau dengar...

Anonymous said...

alahai sejarah berdasarkan fakta bukan auta. umngok memang proksi british. berapa ramai pendekar dan pejuang negara mati perjuang kemerdekaan dalam pelbagai bentuk dan cara untuk menghalau british tetapi digelar pengkianat. last2 british dah nak mampus ada puak2 yg gila kuasa potong jalan konon perjuang kemerdekaan. apa ertinya kemerdekaan sedangkan perlembagaan negara bukan anak bangsa tanah melayu yang buat. Polis2 masa bukit kepong bukannya polis diraja malaysia tapi SC atau mata mata yg di gajikan british. sejarah tidak menipu, pada waktu itu penjajah adalah british bukan komunis. sejarah banyak dipesong oleh mereka tangan2 jahat yang gila kuasa. ini bukan pasal DAP dan Pas.

Ahmad Irfan said...

Dua anon di atas, tulis takde hujah. Ikut sedap cakap. Itulah perangai buruk UMNO.

Gua harap lu dua bukan UMNO. Kalau bukan pencari kebenaran, kamu berdua (mungkin juga sorang, sebab tiap kritik macam UMNO itu biasanya sepasang)adalah penuis upahan UMNO.

Anonymous said...

Dear ahmad irfan....anda dah ketinggalan bot....anda kena buat homework bnyk cket jgn asyik dijamu info melalui ceramah pas dan pkr jer...

yobrizab said...

sejarah adalah satu matapelajaran yang hidup. itulah sebabnya kita tidak boleh melupakan sejarah yang berlaku! interpretasinya boleh ada pelbagaian jika tiada kajian mendalam yang dilakukan. tetapi jika ada kajian ilmiah yang dilakukan yang berlandas bukti yang nyata kita perlu menerimanya dengan minda yang terbuka. jika kita melupakan sejarah mungkin akan mengulangi kesilapan yang sama.

Anonymous said...

ahahah.........bagus mat sabu tu suruh kita semua mengkaji balik sejarah,bukan pasal kominis bahkan kisah hang tuah pun perlu kita tengok balik...siapam sebenarnya yang bagus.kalau kita lihat negara kominis,mereka juga lebih jauh maju dan undang2nya lebih tegas daripada negara kita yang menikut telunjuk british.contohnya menenai undang2 islam.kenapa negara mempunyai dua undang islam berbeza didalam satu negara?siapakah boleh menyatukan undang2 didalam negara kita,dah lama pemerihtah kita merintah n ketua kita adalah islam tetapi masih lagi menjadi pengamal undang2 berbeza.marilah kita sama2 fikirkan,

Anonymous said...

bodoh!
gi la ko sane negare2 yg komunis..... tegakkan islam kat sane, kalo ko power la...... bru ko tau dunia ni macam mane.
survivality of islam is not easy bro.... lu ckp je sng...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails