Thursday, September 01, 2011

54 Tn Merdeka, Masih Tadah Air Hujan, Tahniah BN!

Ulu Tiram 31 Ogos 11: myMetro melaporkan, lebih 140 Orang Asli Seletar di Kampung Pasir Salam, di sini, masih mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih walaupun sudah mendiami kampung berkenaan sejak lebih 100 tahun lalu.

Ketiadaan bekalan air yang disalurkan ke kampung itu menyebabkan penduduk terpaksa menadah air hujan untuk mendapatkan sumber bekalan minuman dan keperluan harian lain seperti memasak dan membasuh. M
alah, mereka dihantui kebimbangan setiap kali musim kemarau hingga terpaksa mencari sumber air di kawasan hutan paya berhampiran.


Penduduk, Tipah Tammat, 40, berkata, penduduk kampung turut mengalami nasib buruk apabila terpaksa meminum air hujan kerana tiada bekalan air bersih di penempatan mereka.


“Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah terpaksa minum air hujan yang ditadah kerana kami sendiri tidak tahu bila akan hujan.


“Jika tidak hujan berhari-hari bekalan air yang ditadah akan habis menyebabkan penduduk terpaksa ke hutan berdekatan bagi mencari air di paya bakau,” katanya.


Menurutnya, ketiadaan air menyulitkan urusan harian penduduk seperti mandi, memasak dan membasuh baju. "Susah hidup kami kerana segalanya memang perlukan air dan kadang-kadang kesihatan kami tidak dihiraukan lagi kerana terpaksa tidak mandi atau membasuh pakaian dan pinggan mangkuk kerana ketiadaan air,” katanya.


Sementara itu, Tok Batin, Sotti Akun, 48, berkata, ketika musim kemarau penduduk terpaksa menempuh perjalanan sejauh lapan kilometer semata-mata mahu membeli bekalan air bersih di hujung kampung. "Kami terpaksa membeli air dengan harga kira-kira RM5 bagi setong 20 liter air bersih. Penduduk yang tidak mampu bayar bergantung ihsan pemilik kedai yang bermurah hati memberikan air secara percuma,” katanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah BN, cemerlang.. Baru terdedah sudah 54 tahun merdeka, lebih 140 Orang Asli, masih mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih walaupun sudah mendiami kampung berkenaan sejak lebih 100 tahun lalu. Begitulah nilai keprihatinan BN terhdap kependeritaan dan kebajikan rakyat. Yok, masih dok sokong BN lagi?


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

1 comment:

Anonymous said...

kelatan dah 20 tahun memerintah air pun x cukup dan berkarat,tahniah pas kelantan ,membagun besama negara kebajikan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails