Saturday, April 30, 2011

Tok Sah Jadi Kerajaan Kalau Tak Boleh Kawal Harga Ayam

PENGGUNA

KPDNKK, hentikan berkokok fasal ayam..

KL 30 Apr 11: Naik muak dengan kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai harga ayam. Tok sah jadi kerajaan le, kalau tak boleh kawal harga ayam. Sudah puluhan tahun cakap tak serupa bikin!

Kata beberapa peniaga di Chow Kit sewaktu di interbiau oleh Weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi, mengenai pengawalan harga ayam, berikutan pendedahan harga ayam di Chow Kit oleh akhbar myMetro hari ini.

"Kita kena hukum BN kerana tidak prihatin kepada pengguna.. Tidak menasabah langsung pihak berkuasa bergelar 'kerajaan' kalah dalam mempertahankan harga ayam oleh segelintir orang tengah yang men'spekulasi' barangan keperluan orang ramai." Kata seorang peniaga. "Turun jadi pemerintah kalau tak boleh kawal harga ayam!"

Hal ini berikutan janji KPDNKK menerusi Sekretariat Majlis Harga Barang Negara akan memantau harga ayam di pasaran walaupun ia bukan dalam senarai barang kawalan. Timbalan Ketua Urusetia Kanan Sekretariat, Mat Fauzi Awang, berkata pengguna perlu mengadu kepada KPDNKK mengenai peniaga yang meletakkan harga barang terlalu tinggi dan tidak munasabah untuk diambil tindakan.

"Mengadu? Pegi mampuih dengan mengadu.. Puluhan tahun dah dok mengadu! Aku nak bagitau peniaga-peniaga, hukum BN kali ini. Orang ramai, Hukum BN kali ini! Jatuhkan BN dalam pilihan raya umum kali ini!" Jerit seorang peniaga di Chow Kit pagi tadi.

Walaupun Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Persekutuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) mengesahkan bekalan ayam mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan dari seluruh negara, namun peniaga ayam di Pasar Chow Kit, di sini, terpaksa menjual ayam dengan harga tinggi iaitu RM8 sekilogram.

Malah, tinjauan Harian Metro ke pasar itu mendapati harga ayam naik mendadak awal bulan ini iaitu daripada RM7 kepada RM8. Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, berkata bekalan ayam di pasaran kembali stabil dan tidak sepatutnya berlaku kenaikan harga.

Bagaimanapun, katanya, masalah kenaikan harga ayam itu berkemungkinan berpunca daripada orang tengah yang mengambil peluang berikutan masalah kekurangan stok pada bulan lalu.

"Naik muak, loya tekak cerita fasai ayam dan janji KPDNKK atau Barisan Nasional... Hentikan berkokok fasa ayam.." Kata peniaga itu lagi. (IH)

Lihat sebelum ini...

1 comment:

Anonymous said...

harga ayam yang naik mendadak tu kat selangor jugak. suruh PKR turunkanlah harga ayam tu. kenapa kerajaan pusat pulak. kahkahkah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails