Sunday, April 24, 2011

APCO, 2 Tok Guru Benteng Pertahanan -Ir Nizar Jamaludin

PASIR PUTEH, 24 April: Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO yang dikaitkan dengan Yahudi dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, umat Islam di negara ini amat bertuah kerana terdapat dua pemimpin ulamak yang terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat.

Merka adalah dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awangyang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata. Kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin, di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin.

"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik.

"Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat,"

Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara.

"Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Kepada DS Nizar, terima kasih bebanyak kerana :

1. Membawa budaya guling-guling atas jalan raya kalau sesuatu yang tidak menepati nasfu sendiri berlaku.

2. Menyebabkan lombong-lombong tempat aku memancing dari Sungkai ke Kampar kini milik Cina DAP. Kebanyakan lombong2 ini telah dipagar atau ditanam dengan kelapa sawit dan puak cina ni dakwa kawasan lombong tu depa yang punya, dapat geran masa Nizar memerintah.

3. Juak-juak hamPAS yang sebelum ini dok mengutuk BN macam-macam dah pandai pi Pejabat Tanah dan Daerah, buka plan besar dan sapu tanh pinggir yang diusahakan
secara kecil-kecilan oleh penduduk tempatan, dapat geran dan jual kepada orang berduit di KL. (Pengalaman aku sendiri, tanah kena sapu puak Ostaz pengikut parti hamPAS)

4. Dapat menjalankan tugas dengan baik sebagai BONEKA Cina DAP di Perak.

5. Mengajar Cina DAP sepatah dua ayat Quran yg tak betul pun sebutannya apatah lagi mengetahui maksudnya.

6. Pengkhianat bangsa Melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails