 KL, 24 Sept 10:  Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion,  wajah dan motif sebebanr syarikat I'Da World Group Sdn Bhd dan  hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah.
KL, 24 Sept 10:  Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion,  wajah dan motif sebebanr syarikat I'Da World Group Sdn Bhd dan  hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah.Keratan akhbar Utusan Borneo dengan tajuk "I'Da World Group menjayakan 1Malaysia" Khamis, 8 April 2010 cukup membuktikan siapa mereka dan dalang di belakang mereka.
Dalam  satu majlis di Kota Kinabalu, keakraban syarikat itu dengan Umno  terserlah apabila syarikat tersebut diberi projek dalam usaha membantu  Sabah dengan dakwaan menjayakan 1Malaysia gagasan Datuk Seri Najib  Razak.
Ekoran penyerahan replika cek RM4 bilion baru-baru ini  yang didakwa untuk PAS negeri itu, media milik Umno dan pemimpin parti  itu melakukan serangan bertubi-tubi terhadap kepimpinan Menteri Besar,  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tidak cukup dengan  pelbagai tohmahan jahat terhadap kerajaan negeri, mereka turut menggesa  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.
Di pihak kerajaan  negeri dan masyarakat Kelantan pula, timbul persoalan apa sebenarnya  motif di sebalik gimik penyerahan replika cek tersebut.
Lebih  menimbulkan tanda tanya, ianya dilakukan tanpa kehadiran mana-mana  pemimpin PAS negeri itu mahupun Exco kerajaan negeri sendiri.
Badan  Perhubungan PAS Kelantan juga tidak dijemput sedangkan mereka mendakwa  cek RM4 bilion tersebut untuk PAS Kelantan bagi membantu melaksanakan  prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.
Replika cek tersebut  sebelum ini diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din  Nik Mat dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.
Nik  Din bagaimanapun tampil menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti  peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.
Dalam  pada itu Tuan Guru Nik Aziz juga mengumumkan bahawa kerajan negeri akan  menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat  tertentu terhadap negeri itu.
Menurutnya lagi, Syarikat I’DA  World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di  negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan  dengannya. Dalam  pada itu, beberapa blog turut mendedahkan siapakah sebenarnya Pengerusi  Eksekutif  I'Da World Group, Abdul Rahim Abdul Wahab.
Dalam  pada itu, beberapa blog turut mendedahkan siapakah sebenarnya Pengerusi  Eksekutif  I'Da World Group, Abdul Rahim Abdul Wahab.
Beberapa  keping gambar didedahkan menunjukkan Abdul Wahab dalam majlis  perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di  Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak  pada 25 April lalu.
Pendedahan-pendahan tersebut dijangka mampu  merungkai dan menjawab segala persoalan berhubung niat sebenar dan  dalang di sebalik pemberian replika cek tersebut.
Sebelum ini...
 
 

4 comments:
dah agak dah syimm. duit dapat ke pas, taik dibaling ke umno.
dah 50 thn pas hidup dgn statement salahkan umno apabila tembelang pas pecah.
yg pastinya i'da world beri duit ke pas klate, bukan ke umno.
betuii tu bukan umno yg terima cheque, kenapa umno disalahkan.
i'da world tu kontraktor, dia dapat projek serata malaya. dah tentu bergambar dgn semua org. dgn nik aziz pun dia bergambar.
Ejen UMNO dah masuk mengacau blog ni..
ejen pas memang macam tu. duit amik taik baling kat umno. tipikal lipas
Post a Comment