Tuesday, September 21, 2010

Gengster Terlibat. Ada Kaitan Isu Sosilawati?


KUALA LUMPUR 20 Sept. 10 - Gejala gengsterisme melibatkan kaum India didakwa berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin politik di kalangan kaum tersebut yang 'membela' mereka.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mendakwa, tindakan itu bertujuan mengekalkan pengaruh politik dan melindungi kegiatan tidak bermoral pemimpin yang bersikap talam dua muka itu.

Sehubungan itu katanya, beliau sedia bekerjasama dengan pihak polis untuk memberikan maklumat tentang beberapa pemimpin politik kaum India yang didakwanya 'membela' gengster-gengster berkenaan.

"Terdapat segelintir pemimpin politik daripada kaum India di negara ini yang membela dan menggunakan gengster sebagai orang suruhan mereka.

"Pemimpin politik seharusnya menjadi contoh kepada rakyat. Tetapi, bagaimana kaum India mahu mencontohi pemimpinnya sedangkan mereka sendiri membela gengster bertujuan mencapai kepentingan diri sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Zaman Khan yang meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera bagi mengekang gejala gengsterisme melibatkan kaum India.

Menurut beliau, ini kerana kumpulan gengster itu mampu bertindak ganas dan kejam berdasarkan beberapa kes yang berlaku sekitar 1980-an.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dalam wawancaranya bersama Mingguan Malaysia turut meminta polis memberi perhatian terhadap gejala gengsterisme di kalangan kaum India yang semakin memuncak.

Mengulas lanjut, Kayveas mencabar pemimpin politik kaum India di negara ini supaya menafikan bahawa mereka 'membela' gengster.

"Saya bukan sengaja membuat tuduhan ini. Malah saya sendiri pernah diberi amaran oleh gengster milik seorang pemimpin politik India yang telah kehilangan kuasa dalam parti politik,'' katanya.

Sehubungan itu katanya, masyarakat India tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya terlibat dalam gejala tersebut kerana pemimpin mereka sendiri menyimpan gengster.

"Bagaimana anak murid (masyarakat India) ingin bebas daripada gejala gengsterisme sedangkan guru (pemimpin politik India) membela gengster?" katanya. (Utusan Malaysia)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ada kaitan dengan pembunuhan Datuk Sosilawat dan 3 rakannya itu?

Lihat juga.. http://wartashubhi.blogspot.com/2010/09/kes-sosilawati-ganster-kaum-india-ganas.html

------------------------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH:
Dapatkan 8 e-buku IH percuma!
Klik di sini..

5 comments:

Anonymous said...

jika benar beberapa pemimpin politik membela kumpulan gengster, diharap pihak yang berkata dapat membuktikannya dan bukan tomahan semata-mata. Kepada pihak Polis ambil tindakan jika benar ada ahli politik yang terlibat dalam kumpulan gengster

Azman said...

Salam,

Terpanggil untuk memberi komen.

Dalam kawasan yg saya tinggal sekarang pun..ada juga samseng keturunan India(masih muda)..mereka ni selalu melepak,di parking kereta,mabuk,hidu gam,kadang2 bergaduh,langsung tak hormat orang...entah mungkin mereka rasa,mereka ada pemimpin yg melindungi mereka...maka mereka begitu berani buat kacau...

Anonymous said...

sejak bile hang baca utusan??? xyah baca la...mgarut

Anonymous said...

Bro, baca Utusan pemikiran macam tahun 1997-1998. Ketinggalan zaman!

Ali Mahmud said...

Baca Takpa, Beli jangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails