Thursday, September 02, 2010

Awas Pengguna Islam: Minyak Sapi Ghee Tidak Halal

PENGGUNA
KL 2 SEPT 10: Minyak Sapi Ghee TIDAK Halal, tulis Blog http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/ 'bertajuk 'DAH BERKILO MASUK PERUT ORANG ISLAM'.

"APA NI JAKIM? Kata nak jadi negara hub halal, yang ini pun tak dapat kawal camner?" Kata blg itu lagi, semalam.

Menurut blog itu, JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIK BALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.(AK)

8 comments:

otaklunyai said...

apa nak diharap, jakim ke jakun ke sama jer... kalau dah pemerintah serupa perangai iblis... mana boleh nak hidupkan syariat Islam yang betul... usah kata minyak sapi... isu ayam yg hari orang Islam mentekedarah pun tak selesai-selesai.. bukan berkilo dah berguni2 ayam yang tak dipastikan cara pengurusan dan sembelihannya masuk perut orang Islam.. kalau tak caya choba pegi ada satu tempat sembelih kat kawasan industri spring park batu caves... seperb bro... tukang sembelih baca Bismillah pun tak betul... tapi halal... hal kebersihan tok sah cite lah.. macam biasa.. sejak aku mula tau pada tahun 2006 aku tak pernah beli ayam dipasr malam bro.. sumber ayam tak tau dari mana puncanya yang tukang jual tu dia jual jer...

aku sarankan kita beli ayam az-zain yang aku yakin dan dijamin oleh pembekalnya.

Azman said...

maknanya dulu memang ada sijil halal lah?,pas tu kena tarik,sebab apa kena tarik,tu yg kita tak tahu tu?

Kalau ditarik sebab tak renew sijil tu,rasanya ghee tu halal lagi la,cuma sijil di tarik...wallahualam...

Hj. Abdul Kadir said...

Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Kemudian ada kawan Pakcik di Singapura beritahu kilang QBB di Australia dah tutup beberapa tahun yang lalu dan kerja membuat QBB sekarang di Shah Alam. Baru Pakcik sedar QBB ini bukan lagi yang original. Banyak jenama minyak sapi yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harganya dua kali harga vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green Mountain, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Buat bubur lambuk darinya cukup bagus. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.

markthomson said...

Love what you're doing here guys, keep it up you also go here: desi ghee manufacturer

sk said...

It's my first visit to your blog, and I have found it so useful and informative especially this Makeup Artist Wollongong
Formal Makeup Wollongong
Wedding Makeup Wollongong
most trending news

sk said...

It's my first visit to your blog, and I have found it so useful and informative especially this Restaurant Perth 
Degustation Perth 
Seafood Restaurant Perth  Gifts for plant lover
Propagating Houseplants In Water
How To Propagate Plants

sk said...

This is a great posting It’s exactly what I was looking for. I like your article.
Led Light Therapy Facial Benefits
Led Light Therapy Pigmentation

Nsw Lotteries Results
Powerball Results NSW

sk said...

log is really helpful to deliver updated affairs over internet which is really appraisable. Banners Colorado
Signs Colorado

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails