Saturday, August 28, 2010

MAIS: Apa kata Pengerusi DAP S'ngor.

SHAH ALAM, 28 Ogos 10: Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak. Laporan Harakahdaily hari ini.

Beliau merujuk tindakan serta merta Mais berhubung insiden Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki dan berucap di Surau Al-Huda dua hari lalu. Menurutnya, beliau tidak mahu isu tersebut dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, UMNO dan Perkasa sebagai satu isu politik dan perkauman untuk merosakan keharmonian masyarakat kita.
Add Image
"Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang dan mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

"Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada Jawatankuasa Surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata," katanya.

Menurutnya, Teo hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi Negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir dan langsung tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas tersebut.

"Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramadhan yang suci."

"Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan di Shah Alam semalam, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menghantar surat amaran kepada Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching yang dilaporkan menyampaikan ceramah di ruang solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral pada Ahad lepas.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan media di sini hari ini berkata tindakan Teo itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berdukacita.

Beliau berkata baginda telah mengarahkan Mais supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit.

“Mais sudah memanggil pengurusan surau berkenaan semalam untuk menjelaskan isu itu. Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, Mais mendapati bahawa ucapan Ahli Parlimen itu di dalam dewan solat surau berlaku seperti yang dilaporkan,” katanya.

Media hari ini menyiarkan laporan sebuah laman blog yang mendakwa Teo memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli PAS, Ahad lepas.

Laman blog itu turut menyiarkan gambar wakil rakyat terbabit dalam keadaan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek sambil berdiri di bahagian imam ruang solat surau berkenaan.

Mohamad Adzib berkata Mais memandang serius isu terbabit memandangkan ia adalah kes kedua seumpamanya membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor.

Pada Ogos tahun lepas, Anggota Exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penganut beragama Islam.

Sehubungan itu, Mohamad Adzib berkata Mais membuat keputusan untuk mengambil alih pengurusan dan pentadbiran surau terbabit serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan.

“Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam selain hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor,” katanya. — Bernama

Menurut Malaysiakini, Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan.

Ada kaitan...

4 comments:

Pak Oncu said...

BANGGANG TAK LEH DI AJAR,,,,,,,,,,
PANDAI TAK LEH DI IKUT,,,, itu lah hakikat sebahagia manusia yg ngaku islam,,,,,,,,( nak nak manusia yg bergelar MELAYU )

mr edz said...

semua benda nak di politikkan

omaq said...

maaf sedikit keluar tajuk.....

Dr Asri Zainul Abidin cakap nama "Khusrin" tu pun kalau boleh kena tukar...Maksud tak berapa elok...

Anonymous said...

utusan = berfikiran sempit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails