Saturday, August 28, 2010

Masjid, Larang B/Islam: Halang PAS Masuk Gereja.

YAN, 28 Ogos 10: Bernama: Masjid dan surau perlu rujuk majlis agama untuk benarkan bukan Islam masuk

JAWATANKUASA masjid atau surau diminta merujuk kepada majlis agama Islam negeri-negeri dalam soal membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata setiap negeri mempunyai panduan masing-masing dalam soal itu dan jawatankuasa atau pengurusan masjid perlu mematuhi panduan tersebut dan tidak sepatutnya sewenang-wenangnya membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid terutama di ruang solat.

Katanya rumah ibadat agama lain pun, mereka mempunyai garis panduan dalam membenarkan penganut agama lain memasuki tempat ibadat mereka.

“Kita tiada masalah untuk penganut agama lain masuk ke masjid atau surau. Ada masjid-masjid kita benarkan pelancong bukan Islam masuk tetapi kita sediakan garis panduan seperti yang wanita kena menutup kepala dan sebagainya.

“Kalau nak bawa masuk bukan Islam kenalah minta kebenaran majlis agama Islam negeri-negeri. Orang bukan Islam pun kenalah hormat dengan tempat ibadat umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan zakat kepada fakir miskin di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam mengenai Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari DAP yang memasuki ruang solat utama Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lepas untuk memberi “tazkirah”, tanpa menutup kepala.

Jamil Khir berkata isu yang berlaku di Kajang itu tidak sepatutnya timbul jika jawatankuasa surau berkenaan merujuk kepada majlis agama Islam negeri dan memahami garis panduannya.

“Hal-hal seperti ini boleh diselesaikan dengan perbincangan antara jawatankuasa masjid atau surau dengan majlis agama Islam negeri. Apa yang penting mereka kena maklumkan,” katanya.

Beliau berkata perkara itu juga menjadi satu isu kerana tidak sepatutnya perkara politik dibawa masuk ke dalam masjid. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bermula dengan larangan orang bukan Islam masuk masjid, maka akan berlakulah larangan PAS berceramah di geraja atau rumah ibadat bukan Islam.

Anihnya, pelancong bukan Islam boleh masuk masjid. Yang tak boleh berceramah, berbincang hal semasa termasuk politik pembangkang. Politik BN tak apa, walaupun pemimpin masjid surau sendiri atau sultan yang melakukan. Di Kelantan upacara-upacara agama di masjid pun dijemput rakyat bukan Islam hadir dan raikan bersama. Tidak salah mereka mendengar ceramah agama atau berceramah sekalipun. Apa lagi, bergaul dan makan bersama-sama jamaah masjid.

Mungkin kemesraan di kalangan rakyat pelbagai agama menjirus ke arah politik pembangkang inilah yang dibimbangkan. Cuba siasat balik, siapa yang cetuskan isu ini?

Ada kaitan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails