Monday, August 23, 2010

Dr M Bantah Projek Jambatan Langkawi.

Dr Mahathir berkata Langkawi tidak sesuai untuk dijadikan daratan.
LANGKAWI, 23 Ogos 10: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju cadangan projek pembinaan jambatan berharga RM130 bilion kerana ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu.

“Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan daratan tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa wang dan coklat dari Jetty Points kepada 120 anak yatim dan kanak-kanak istimewa di perkarangan Masjid Istiqamah Kuala Teriang di sini malam tadi.

Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48km menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.

Jumaat lepas, Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd, Kamarudin Husin berkata pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, termasuk pembinaan jambatan monorel.

Bekas Perdana Menteri itu merupakan perancang utama yang membangunkan Langkawi iaitu dari sebuah pulau yang tidak dikenali menjadi destinasi pelancongan yang unggul di negara ini dengan pelbagai produk pelancongan seperti Kereta Kabel, Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Underwater World, Taman Burung dan Kompleks Kraf.

Dr Mahathir berkata masih banyak ruang perlu dibuat dan berharap setiap program yang akan dilaksanakan perlu mendapat kebenaran dari kerajaan agar peruntukan dapat disalurkan untuk memajukan industri pelancongan Langkawi, katanya.

Beliau berkata Langkawi diberi tumpuan dalam industri pelancongan dan berharap program ke arah itu perlu dipertingkatkan. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau sedih kerana umat Islam sesama sendiri bermusuhan antara satu dengan lain.

“Kita sesama Islam mestilah bersaudara walaupun mempunyai perbezaan pendapat, tapi tidak bermusuhan sehingga berpecah yang akan menjadi lemah dan hilang kuasa di negara sendiri,” katanya.

Dr Mahathir dan isteriya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama 500 umat Islam menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan. — Bernama.

3 comments:

dokpikiaq said...

sokong tun...:D

JBS said...

Tun M patut menegur Najib secara terbuka seperti beliau menegur Pak Lah suatu masa dahulu. Jika beliau tidak berbuat demikian, maka segala jasa dan kebijaksanaan beliau membangunkan Malaysia selama hampir suku abad akan terkubur begitu sahaja bersama kegagalan Najib memacu negara ke era yang lebih baik kepada sebuah negara yang sedang dan akan menuju kehancuran. Tolonglah Tun M, demi anak bangsa kita.

Anonymous said...

sebut jer nama mahadir ni bagi aku mmg tolol dan bodo sokmo tu jer yg aku leh bgtau, gi mampuh la mahathir giler

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails