Sunday, August 22, 2010

Gerakan, DAP TolaK Hudud Cadangan Nik Aziz?

KL 22 Ogos 10: MERUJUK kepada cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya undang-undang hudud bagi mengatasi gejala jenayah dan sosial seperti kes membuang bayi yang semakin meningkat, Pemuda Gerakan mengangggap PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada.

"Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," kata ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.

Dalam satu kenyataan, Tan berkata, cadangan undang-undang hudud tersebut juga turut ditolak oleh DAP, yang merupakan rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Menurut kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh dua hari lepas, undang-undang hudud bukan jawapan kepada gejala jenayah dan sosial.

"Malah beliau juga berkata 'partinya DAP tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini'.

"Ini jelas menunjukkan bahawa cadangan undang-undang hudud oleh mursyidul Am PAS tersebut adalah hanya impian peribadinya.

"PAS harus sedar bahawa hukum hudud bukan impian semua rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama," tegasnya.

Oleh itu, beliau berharap PAS tidak akan lagi mengambil kesempatan untuk mencadangkan undang-undang hudud atas alasan kenaikan gejala jenayah dan sosial.

"Adalah lebih baik bagi PAS mengkaji sebab-sebab kenaikan gejala jenayah dan sosial dan memberi cadangan rasional untuk meminda mana-mana peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang sedia ada," tambahnya. PAS, tegas Tan, PAS harus menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan yang sedia ada.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Adakah Gerakan lidah BN/UMNO dan Karpal Singh lidah DAP/PR? (AK)

1 comment:

Acinetobaxter said...

susah sungguh bila kahwin dengan orang kafir yg menolak islam...nak cerai sayang, x cerai terseksa...tapi kerana ALLAH, semuanya boleh disederhanakan...

adakah bersatu dengan kafir yang tegar demi untuk menentang muslim yang asi lebih baik dari bersatu dengan muslim yang asi untuk menentang kafir tegar...?

tak faham dengan politik ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails