Tuesday, May 18, 2010

Kaji Semula Peraturan Poligami. Syabas Bung, Halalan Thayyibah!

Bung Mokhtar dan isteri mudanya..

Tuntut Bung Mokhtar letak jawatan...

Maria Chin

KUMPULAN bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) yang mendesak supaya Bung Mokhtar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Seorang jurucakapnya Maria Chin Abdullah berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat.

"Bung Mokhtar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi. "Itu langkah terbaik," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. Katanya lagi, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita.

Tambahnya, Bung Mokhtar juga mempunyai reputasi tidak baik kerana sering menjadikan golongan wanita sebagai sasaran dalam ucapannya di Dewan Rakyat. Bung Mokhtar sebelum ini mengaku bersalah kerana mengahwini isteri keduanya Zizie Ezette A Samad tanpa kebenaran mahkamah pada Disember 2009.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menjatuhkan hukuman ke atas ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abdul Samad esok kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Kesalahan tersebut membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sebelum itu, mahkamah mendengar hujahan daripada peguam kepada dua tertuduh utama Bung Moktar Radin dan Zizie Ezette Abd Samad. Rayuan bagi lima lagi tertuduh yang merupakan jurunikah dan saksi bagi kes poligami tanpa kebenaran mahkamah itu juga dikemukakan bersama oleh peguam syarie Amli Embong.

Hujahan penggulungan bagi pertuduhan ke atas lima orang tersebut dijalankan oleh pegawai pendakwa Shafezan Rusli.Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad tetapkan keputusan esok jam 9 pagi bagi kesemua tujuh orang tertuduh.

Ketika beredar dari bangunan mahkamah, Bung Moktar melambai ke arah kumpulan yang memegang poster yang mendesaknya supaya meletak jawatan seperti gambar di atas. Manakala isterinya pula mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana hadir hari ini. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di no 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada jam 8.50 malam 16 Disember tahun lalu. Hakim membebaskan mereka dengan masing-masing jaminan lisan RM500 dan seorang penjamin.

Hujahan penggulungan bagi pertuduhan ke atas lima orang tersebut dijalankan oleh pegawai pendakwa Shafezan Rusli. Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad tetapkan keputusan esok jam 9 pagi bagi kesemua tujuh orang tertuduh. Ketika beredar dari bangunan mahkamah, Bung Moktar melambai ke arah kumpulan yang memegang poster yang mendesaknya supaya meletak jawatan.

Manakala isterinya pula mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana hadir hari ini. Pasangan tersebut mengaku bersalah pada 20 April terhadap tuduhan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di no 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada jam 8.50 malam 16 Disember tahun lalu. Hakim membebaskan mereka dengan masing-masing jaminan lisan RM500 dan seorang penjamin.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebelum desak Bung Mokhtar letak jawatan, perlu dilihat balik, salahkah Bung Mokhtar poligami? Perlu dilihat apakah syarat-syarat mahkamah untuk dapatkan kebenaran? Kalau dilihat dalam sejarah Islam di zaman Nabi Muhammad SAW, kerajaan sepatututnya menggalakkan dan mempercepatkan proses perkahwinan. Lebih-lebih lagi dalam masalah poligami.

Bukan perlambatkan, dengan mencari pelbagai alasan. Sedangkan berlakunya perzinahan di dalam masyarakat, tidak diperketatkan peraturannya. Dicari pelbagai alasan supaya perundangan Islam tentang zina tidak dilaksanakan menurut Islam. Ramai yang berzina kerana tidak mahu berpoligami. Syarat-syarat berpoligami perlu dikaji semula, mungkin sudah tidak sesuai lagi dalam suasana masa kini!

Syabas Bung! Ada pemimpin yang kononnya pernah ditangkap di Port Dickson dan lain-lain, sedangkan mereka mampu berpoligami. Tapi Bung sanggup menghadapi cabaran, demi halalan thaiyyibah!

Ada kaitan...

2 comments:

Anonymous said...

zaman nabi mana ada sijil nikah,kursus nikah,malah enakmen tu sendiri,gitu juga nak gi haji mana ada kena passport,masuk je la,mekah kan milik semua,nak tanah apa perlu geran..kan kita usaha,jadi hak kita la.Zaman nabi mana da ic,lesen kereta,apa hal JPJ/Polis nak saman lak..kereta kita,ikut suka kita lah..

heheheheheheh,kalau nak hujjah zaman nabi..zaman nabi ,ada ke nabi poligami senyap,diam-diam?..

Anonymous said...

Betul tu. Kaji balik peraturan poligami supaya jangan nikah senyap-senyap. galakkan nikah ramai-ramai supaya jangan banyak janda terbiar dan andartu..

hahahahah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails