Sunday, May 16, 2010

'1 M'sia' Tidak Boleh Dibawa Ke Akhirat -Nik Aziz

KOTA BHARU, 16 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya fahaman Islam sahaja yang diiktiraf oleh Allah SWT dan bukannya fahaman-fahaman lain termasuk ‘1Malaysia’, dan fahaman ‘1Malaysia’ tidak boleh dibawa ke akhirat serta tidak boleh menyelesaikan permasalahan manusia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian ‘mengetam’ padi di Taman Organik, sawah padi Tunjung, dekat sini pagi tadi. Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi, serta kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menurut Tuan Guru lagi, hanya aqidah Islam yang diiktiraf oleh Allah serta mampu menyelesaikan urusan hidup sama ada politik, ekonomi, bidang pertanian dan sebagainya. “Kita seharusnya menggunakan kaedah Islam yang dibawa oleh Rasulullah dalam dalam semua urusan hidup termasuk mentadbir negara dan bukannya hanya 1Malaysia,”ujarnya lagi.

Pada masa yang sama beliau mengucapkan tahniah pada pengusaha tanaman padi cara organik di bendang padi Tunjung hingga ianya berjaya dikenali sebagai tempat pelancongan ilmiah. “Saya dapat tahu kawasan tanaman ini telah dikunjungi ramai pihak termasuk pelajar universiti untuk membuat kajian, tahniah,”ujarnya.

Sambungnya, pihak perancang penanaman padi di sini telah menggunakan akal fikirannya untuk memajukan negeri ini dengan pertanian. “Kita tidak seharusnya bergantung pada pihak luar khususnya barat yang hanya mencipta sesuatu perkara untuk memusnahkan alam bukan sahaja pemikiran manusia,”ujarnya lagi.

Tuan Guru memberitahu, biarpun mengetam padi hanya secara simbolik dilakukan olehnya, namun beliau begitu seronok kerana ianya telah mengembalikan zaman kegemilangan masyarakat kampung yang segar menuai hasil tanaman padi masing-masing.

Sementara itu di Kota Bharu juga, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata selepas Selangor, Kelantan bakal memberikan cuti 90 hari kepada ibu bersalin khususnya kakitangan kerajaan negeri bagi memberi peluang mereka berehat sebaik mungkin.bagaimanapun cadangan itu akan dibawa ke mesyurat exco terlebih dahulu.

Beliau berkata demikikan ketika ditemui selepas merasmikan majlis 90 Hari Untuk Ibu anjuran Kesatuan Kebajikan pekerja-Pekerja Bank Semenanjung Malaysia (NUBE). NUBE antara lain sedang berusaha mengumpul 1 juta tandatangan untuk menyokong usaha cuti 90 hari dilaksanakan di peringkat persekutuan.

"Kerajaan negeri menyokong usaha ngo ini khususnya bagi mendapatkan tandatangan 1 juta rakyat di negara ini untuk dihantar pada Perdana Menteri bagi membolehkan ianya dilaksanakan di negara ini,"ujar Ubaidah lagi. Kelantan sebelum ini menjadi negeri perintis memperkenalkan cuti bersalin 60 hari yang kemudiannya turut dipakai di peringkat pusat. (AK)

Di mana salahnya 1 Malaysia?

2 comments:

ahmed said...

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian ‘mengetam’ padi di Taman Organik, sawah padi Tunjung, dekat sini pagi tadi. Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi, serta kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

ali said...

Beliau berkata demikikan ketika ditemui selepas merasmikan majlis 90 Hari Untuk Ibu anjuran Kesatuan Kebajikan pekerja-Pekerja Bank Semenanjung Malaysia (NUBE). NUBE antara lain sedang berusaha mengumpul 1 juta tandatangan untuk menyokong usaha cuti 90 hari dilaksanakan di peringkat persekutuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails