Wednesday, May 19, 2010

Bung Dipenjara 1 Bulan, Parlimen K'ngan Kosong?

GOMBAK MEI 19, 10: Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar hari ini dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan bersubahat atas kesalahan tersebut.

Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi tuduhan. Bung Moktar berhadapan dengan satu lagi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan. Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini. Hukuman dijatuhkan oleh hakim syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad. Mahkamah sebelum ini mendengar pengakuan salah daripada semua tertuduh.

Semalam, mahkamah mendengar hujahan daripada peguam kepada dua tertuduh utama Bung Moktar dan Zizie. Rayuan bagi lima lagi tertuduh yang merupakan jurunikah dan saksi bagi kes poligami tanpa kebenaran mahkamah itu juga dikemukakan bersama oleh peguam syarie Amli Embong. Dalam rayuannya terhadap tuduhan yang dihadapi Bung Moktar dan Zizie, Amli berkata mahkamah perlu mengambil kira pengakuan bersalah oleh tertuduh apabila pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir hari ini turut membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad. Pada perbicaraan semalam NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau Bung dari parti pembangkang?(AK)

Sebelum ini...

3 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan hakim, bukan kerana bung orang bn atau sebagainya, tapi kerana beliau adalah penggubal undang-undang, sepatutnya beliau menghormati undang-undang yang digubalnya. pengajaran kedua... undang-undang islam sudah lengkap, disebabkan ada manusia islam yg mengaku lebih pandai, dibuat undang2 baru.. akhirnya undang-undang makan tuan... kepada yaa tuan hakim.. anda telah mnegakkan undang-undang.

dokpikiaq said...

undang² yg mati,dipukul rebah.. di angkat lembik..

Anonymous said...

kembali kepada ALLAH dan laksankan syariat ALALH dan ISLAM insSYAALH perkara begini tidak akan berlaku ISLAM itu mudah dan semporna manusia2 yg beragama ISLAM dan berilmu ISLAM memberati dgn kaedah yg bercanggah...malah yg lucunya manusia2 yg menentang poligami hingga menghina hukum hakam ALLAH terlepas begitu saja...ya tuan2 Hakim dan mufti..dan ulama2 ..kemana jln tuju kamu..pasti ALLAH akan tanya kamau semua kelak alam kubur dan akhirat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails