Sunday, May 16, 2010

Nik Aziz Sifatkan DAP Sebagai Yahudi Di Madinah


KOTA BHARU, 15 Mei 10: Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mensifatkan situasi yang berlaku kini adalah sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah (semasa pemerintahannya).

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu. Demikian seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.net hari ini.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam. Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya. Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.

Sebelum itu, beliau mengingatkan lebih 54,000 pengundi di Sibu yang akan membuang undi, supaya jangan lupa mengundi calon DAP, biar pun tinggal beberapa jam lagi.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau. Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu. Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual. Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.(AK)

9 comments:

whiteorange said...

Ini tanda-tanda NiAjis semakin nyanyuk .. Kalau air batu itu sejuk, tapi nik NiAjis kata panas, maka pengikut2 dia juga kata air batu itu panas, walau pun lada itu pedas, tapi NiAjis kata manis, maka pengikut2 dia pun kata manis .. CUBA BUKA MATA BESAR BESAR, CUBA LIHAT APA YANG BERLAKU DISIBU APABILA DAP TERDESAK .... Nak sokong PAS lantak korang la, tapi pakai lah hotak bila orang cuba racuni fikiran kamu ....

whiteorange said...

NiAjis is nothing compared to you people, mungkin korang lebih hebat n lebih pandai daripada NiAjis ... Ayah Pin is nothing compared to his followers who are even higher in Islamic knowledge and other fields,yet people follow. This proofed that certain followers in PAS and Ayah Pin are the same , bunch of fools who like to be be fooled .. SHIT ..

Anonymous said...

Ramai orang nak bercakap tentang Islam tapi tak pernah mengaji Quran. sebutan pun salah.
Solat pun tak cukup.
Kalau ada yang tak marah dengan Nik Aziz, cubalah cermi diri tu dulu.
Solat anda lengkap ker? Isteri anda menutup aurat ker?
Ramai yang taksub dengan UMNO tidak lupa nama parti pun bukan Melayu.
Bila Timbalan Menteri UMNO dari Kelantan tambah lesen judi, kenapa tak maki UMNO? Kenapa tak demonstrasi di depan PWTC?
Adakah kerana lesen judi untuk Vincent Tan dan Ananda Krishnan ni bakal menjadi habuan duit poket kempen UMNO?
Semua orang dah tahu selama Mahathir memerintah, UMNO bergantung kepada duit judi untuk kempen pilihanraya.
Adakah kerana pekerja parti UMNO selepas kalah 5 negeri tahun 2008 sudah hilang libuk kontrak kelas F dan pelbagai projek membazir duit rakyat?
Lupa pulak, semua janji UMNO masa pilihanraya kecil ni datang dari peruntukan budget tahun bila?
Mana SPRM yang cakap besar nak bertindak tentang rasuah?
Bukan kah in rasuah dan peniouan paling besar kerana menjanjikan wang dari peruntukan yang tidak wujud?
macam mana nak keluarkan dari peruntukan bujet 2010 yang dah memang defisit?
Bagaimana pulak dengan iklan Rosmah dalam New York Times yang menggunakan peruntukan kerajaan pusat?
Adakah mana-mana peruntukan untuk mengucap tahniah kepada bini PM?
Kalau YangDiPertuan Agong pun tak pernah dapat iklan seperti itu. Apa lagi Permaisuri Agong?
Kenapa White Orange tak pernah demonstrasi hal macam ni?

talikasutkayu said...

PAS tak pernah benarkan judi sbb mengikut lunas islam..tapi umno menghalalkan judi...boleh terima keee...hahahahahhaha

sapa yg nyanyuk dlm hal ni..hahahahha

dokpikiaq said...

mcm mana pun xpa...

Anonymous said...

ooh eksyen nooo whiteorange

Ruzi Shuib said...

DAP (pemimpin kafir Karpal Singh) terang terang menentang Islam pun Tok Guru bengong ni kata DAP macam yahudi madinah ??...

jebat said...

Ruzi..

Sapa suruh kau ber tok guru kan nik aziz?? Pilah bertok gurukan najib tu..baru ada kelas.....bini tak payah pakai tudung..tu ajaran tok guru najib kau,...

Anonymous said...

DAP yang memang bukan Islam tu patutla menolak negara Islam sebab dia orang tak faham Islam, ini yang memang ISLAM terang terangan menolak Islam ape ke halnya??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails