Wednesday, January 20, 2010

Bantulah Ustaz Mohd Ali Jamil, Perlukan Rawatan RM3,000.

CATATAN SANTAI
Ustaz Mohd Ali

BELIAU, dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah belakang. Menyebabkan beliau yang memandu motosikal berseorangan ketika itu terdorong kehadapan melanggar sebuah lagi kereta lain.

Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kecedaraan parah dengan tangan kiri serta kaki kirinya patah. Beliau ialah Ustaz Mohd Ali berjawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II, PAS Wilayah Persekutuan. Juga Yang DiPertua PAS Kawasan Cheras yang turut kehilangan 5 batang gigi akibat kemalangan berkenaan.

Ust. Mohd Ali 55 tahun merupakan aktivis sepenuh masa PAS yang aktif sejak zaman mudanya dan pernah terlibat dalam organisasi Dewan Pemuda dan Dewan Ulama’ Negeri. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dengan mengajar serta memberikan kuliah dimasjid dan surau sekitar Lembah Klang.

Beliau yang mempunyai dua cahaya mata perempuan; seorang penuntut di Jabatan Linguistik, UKM Bangi dan seorang lagi di tingkatan lima. Ust Mohd Ali Jamil kini berada di Wad 4G, Tingkat 4 Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras pada hari Sabtu, 16 Januari lalu.

Saya kenal beliau, sebagai seorang ustaz yang peramah, tidak kedekut ilmu. Puluhan tahun lalu beliau sering datang ke pejabat saya, menghebahkan ilmu yang dia ada. Kadang-kadang dia datang dari Cheras dengan motosikalnya ke KL, hanya untuk menghamburkan idea yang dia baru dapat, supaya saya menghebahkan dalam penulisan saya. "Hang sebarkan idea aku ni, kerana aku takdak kesempatan nak tulis macam hang!" katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas ingatan sahabat-sahabat yang melawat seperti PJ Wilayah Haji Muhammad Nor, Ketua Muslimat Pusat, Hajah Nuridah Salleh dan Kamaruzaman Jawatannya Ustaz Mohd Ali sekarang ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah Persekutuan dan lain-lain.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad memaklumkan bahawa mereka memerlukan sejumlah RM 3,000 bagi kos rawatan penyambungan besi bagi tangan dan kaki beliau yang patah.

Bagi ahli-ahli PAS serta mereka yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam -14023010000110 atas nama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan atau menghubungi Kamaruzaman-019-2828536.

Salam takziah, bersabar dan teruskan istiqamah dalam perjuangan. Moga-moga cepat sembuh, al-hamdulillah. As-salamu'alaikum semua..

Ibnu Hasyim Catatan Santai.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Jan 20, 2010.

1 comment:

Pak Oncu said...

KIFARAH,,,,,,,,,,,,, dunia lagi dah merasa NERAKA,,,!!!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails