Saturday, October 17, 2009

Amaran Kepada UMNO -Tengku Razaleigh

IMPIAN untuk mengubah sesuatu realiti politik yang buruk dalam masyarakat, misalnya diskriminasi kaum, tidak akan berlaku tanpa perjuangan, kata Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Mengulas usaha reformasi Umno kini dan lanskap politik negara sekarang, beliau menceritakan pengalaman peribadinya dilarang masuk ke sebuah restoran di New York pada 1962 atas dasar perkauman walaupun tempahan dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tambahnya, dengan insiden tersebut, mustahil baginya untuk membayangkan seorang presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, boleh dipilih daripada warganya yang berkulit hitam. "Perubahan ini tidak mungkin terjadi tanpa perjuangan," katanya dalam ucapan kira-kira setengah jam bertemakan 'Memori, Bangsa dan Harapan' ketika melancarkan buku Multiethnic Malaysia: Past, Present and Future di Cheras pagi tadi.

Bercakap soal reformasi negara, bekas naib presiden Umno itu berkata, ia harus bermula dengan perubahan dalam sistem parti yang sudah "sakit" – didakwanya sudah menyimpang daripada semangat demokrasi seperti teras-teras utama Perlembagaan Persekutuan. "Parti-parti menjadi sakit apabila mereka menyimpang daripada prinsip perlembagaan yang mentadbir mereka. Akibatnya, mereka menjadi tidak demokratik, seterusnya hilang keabsahan.

"Kehilangan legitimasi pula menyebabkan kehilangan sokongan umum dan keupayaan untuk meremajakan semula parti," kata ahli parlimen Gua Musang. "Saya telah berikan amaran kepada Umno, sebagaimana parti politik lain yang terlalu lama berkuasa, mestilah berubah atau mereka akan diubah rakyat."

Mengulas reformasi dalam Umno pula, Tengku Razaleigh berkata, pemilihan langsung pemimpin-pemimpin atasan parti dan calon pilihan raya pula ditentukan di peringkat akar umbi telah dicadangkannya sejak tiga tahun lepas. Cadangan-cadangan ini bertujuan memulihan demokrasi dan memperolehi keabsahan daripada akar umbi serta memisahkan kerajaan daripada politik dan juga menggalakkan orang muda dan bakat baru menyertai parti itu.

"Bukan hanya Umno yang perlukan reformasi. Seluruh sistem politik kita perlukan perubahan, agar lebih secocok dengan prinsip perlembagaan dan Rukun Negara," katanya, yang popular juga dengan panggilan Ku Li. Beliau kemudian menyeru pembabitan orang ramai dalam usaha mereformasi parti politik kerana ia tidak mahu berubah dengan sendirinya.

"Pemimpin-pemimpin yang mendapat kedudukan melalui cara tidak demokrasi dan berbau perkauman merupakan golongan terakhir yang inginkan perubahan," kata bekas menteri kewangan itu. "Rakyat mestilah membuat desakan itu."

Sehubungan itu, beliau turut menggesa ruang kebebasan bersuara dibuka dengan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan sekali gus memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. "Adalah bodoh kita menghadkan jumlah akhbar sedangkan semua orang dengan blog dan akaun Twitter.com boleh menerbitkan ke seluruh dunia.

"Dengan membataskan media cetak, kita hanya berjaya membebalkan, supaya mereka yang bergantung pada media massa bercetak dan saluran televisyen sebenarnya yang tidak cukup maklumat," katanya lagi. "Saya sendiri bergantung pada blog. Jika tiada blog, apa yang saya suarakan jarang sekali dilaporkan di media arus perdana."

Dalam usaha mereformasikan parti-parti politik, Ku Li turut mencadangkan konsensus bersama berteraskan semangat Rukun Negara. Konsensus tersebut, antaranya: kesamarataan hak warganegara, dasar parti yang tidak mendiskriminasikan sesiapa, menitikberatkan demokrasi dalam parti, dan memisahkan perniagaan daripada parti politik.

Keresahan perkauman pula tidak harus dijadikan dasar politik, katanya, sementara menjadi kewajiban parti memastikan dialog atau kenyataan mereka tidak mencetuskan permusuhan kaum.(Sumber Malaysiakini/AK)

2 comments:

Anonymous said...

Undi Pas bermakna undi Dap...Undi Dap bermakna undi Komunis.

Undi Pas bermakna undi Pkr...Undi Pkr bermakna undi Yahudi..

undi Pas akan jadi Yahudi Komunis!!!!

tinggalkan pas kita selamatkan Melayu dan Islam....

hussin said...

WHY THE PAKATAN RAKYAT GOVERNMENT WAS BROUGHT DOWN IN PERAK
http://mt.m2day.org/2008/content/view/27901/84/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails