Thursday, October 15, 2009

Nik Aziz Selar Golongan Pinggirkan Bahasa Kebangsaan.

KOTA BHARU, 14 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu berucap pada perasmian Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di sini telah menyelar golongan yang meminggirkan bahasa kebangsaan dan mumuja bahasa lain dalam kehidupan mereka.

"Bahasa Kebangsaan seharusnya dimartabatkan di seluruh pelusuk negeri dan saya terkilan kerana kini semakin ramai pihak yang tidak bertanggung jawab cuba menaikkan bahasa asing dalam kehidupana harian.. Kalau mereka dah sendiri tak peduli bahasa Melayu,akhirnya ia akan lenyaplah," ujar beliau lagi.

Selain penggunaan bahasa asing, pemansuhan tulisan jawi juga turut mengecewakan beliau. "Amat dukacita sekali kerana ada menteri berbangsa melayu yang telah membuang tulisan jawi yang jelas merupakan satu ciri bahasa kebangsaan kita," katanya.

Beliau yang mengakui penggunaan bahasa asing di negeri Kelantan juga sedang berlaku dan berharap pihak kerajaan tempatan mengkaji semula perkara tersebut agar ia tidak berleluasa. Turut hadir dimajlis pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat Negeri Kelantan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan negeri,Datuk Mohd Aiseri Alias, Ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan serta pelajar sekolah.

Blog Ibnu Hasyim: Sedih, sudah lebih 50 tahun merdeka, kerajaan pimpinan UMNO masih belum mampu memartabatkan bahasa Kebangsaan negara ini. Cuba cek di mana salahnya?(Sumber Harakah/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails