Friday, September 18, 2009

TPM ke2 Sabah Serawak.. Wajar -Dr Jeffry.


SHAH ALAM - Sabah dan Sarawak wajar memiliki Timbalan Perdana Menteri (TPM) kedua kerana kedua-dua negeri itu adalah satu pertiga dari Malaysia. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffry Kitingan berkata, jawatan itu perlu diwujudkan memandangkan Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia.

Menurutnya, ramai masyarakat keliru dengan fakta sejarah kedua-dua negeri itu. Ada mengandaikan Sabah dan Sarawak menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia tetapi fakta sebenarnya Sabah, Sarawak dan Singapura bersama-sama membentuk Malaysia.

“Dalam situasi mewujudkan TPM kedua, kita sangat menyokong kerana Sabah, Sarawak dan Singapura adalah rakan kongsi menubuhkan Malaysia.. Ini bermakna, jawatan itu perlu ada sebab kita berkongsi dalam penubuhan Malaysia.. Selama 45 tahun pembentukan Malaysia, jawatan Perdana Menteri datang dari Semenanjung, untuk itu saya melihat sekurang-kurangnya jawatan TPM kali ini diberikan kepada majoriti masyarakat yang tinggal di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng mencadangkan diwujudkan jawatan TPM kedua khusus untuk pemimpin Sabah dan Sarawak. Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberi alasan, saiz kedua-dua negeri tersebut yang jauh lebih besar berbanding Semenanjung mewajarkan pembahagian yang lebih besar untuk pemimpin dan rakyat dua negeri berkenaan dalam pembahagian kuasa di peringkat Pusat.

Mengulas kedudukan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya jawatan TPM kedua diterima, Jeffry berkata, kedudukan Muhyiddin tidak tergugat. “Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Misalnya, Muhyiddin memfokuskan tugas hanya pada Semenanjung sahaja manakala TPM kedua memberi tumpuan pada Sabah dan Sarawak,” katanya yang menggesa jawatan TPM kedua itu diwujudkan segera untuk penggal akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayup berkata, cadangan yang dikemukakan itu adalah kesinambungan cadangan yang pernah diketengahkan lima tahun yang lalu oleh PKR. “Saya kira wajar TPM kedua diwujudkan dan dipertimbangkan segera sebab keadaan pembangunan dan pembelaan serta elemen-elemen lain ke atas rakyat Sabah dan Sarawak dilihat terkebelakang berbanding negeri lain,” katanya.

Beliau berkata, Sabah dan Sarawak seolah-olah diabaikan Kerajaan Pusat dalam segenap perkara. “Kita dapat merasakan, mereka tidak akan menerima cadangan yang dikemukakan itu dengan pelbagai alasan yang diberikan.. Namun, jika PR berjaya ambil alih Kerajaan Persekutuan kelak, kita akan mempertimbangkan idea itu dengan cukup serius kerana PR amat menitikberatkan kepentingan rakyat,” katanya. (AK)

4 comments:

Anonymous said...

Ini satu lagi kes gila kuasa..tak cukup dengan apa yang ada..Aku memang tak minat dia ni sejak awal lagi.. Mesti ada udang disalik mee???

Republic Of Sarawak said...

Apa lak. kalau jawatan tu di beri dgn org2 borneo tak bleh ke? tak kan nak korang je nak monopoli semua. tamak!

Anonymous said...

asalkan jangan bagi dengan kroni Taib Mahmud dan Musa Aman, I am ok.
Orang Kadazan dan Iban pun apa kurang nya. Ada yang lebih hebat dari Najib dan Munkeedin dari Gerombolan UMNO tu.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails