Monday, September 14, 2009

Tarawih Di Palestin: M'sia, PM/Agung Perlu Imami Sholat?


LUAR biasa sosok Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyyah ini. Peribadinya benar-benar hadir, dekat, dan dicintai sepenuh hati oleh rakyatnya. Tak hanya itu saja, Haniyyah juga menjadi imam tarawih kegemaran bagi masyarakat Gaza selama bulan Ramadhan. Banyak masyarakat Gaza yang sengaja mengikuti solat tarawih dengan pergi ke masjid yang diimami oleh Abu al-'Id Ismail Haniyyah, Perdana Menteri.

Seperti halnya Abu Adham (42), salah satu penduduk Gaza, yang mengaku setiap malam-malam Ramadhan selalu berusaha untuk mengikuti solat tarawih yang diimami oleh Haniyyah. "Saya suka bacaan al-Qur'annya yang tartil dan indah, meresap ke dalam hati," aku Abu Adham.

Sejak Haniyyah menjawat sebagai Perdana Menteri sejak 2006 silam, dirinya memang sering mengimami solat, termasuk solat tarawih. Aktiviti mulia ini tidak ia tinggalkan meski pun dirinya sudah menjadi PM Palestin. Bahkan, masyarakat Palestin, khususnya Gaza, sangat senang bila yang menjadi imam solat mereka adalah Haniyyah.

"Semua orang sangat suka berjemaah di belakangnya, mulai dari anak-anak, pemuda, kaum wanita dan para orang tua. Suaranya khidmat," aku Mu'adz, pemuda Gaza yang juga selalu "berburu" tarawih yang diimami oleh Haniyyah.

Jika PM Haniyyah mengimami jemaah di sebuah masjid, maka dapat dipastikan jama'ahnya sangat banyak, melimpah hingga ke luar dan jalan-jalan. "Meski sesak dan penuh, tapi saya sangat suka diimami oleh Haniyyah. Saya suka suaranya yang mampu menghadirkan nuansa khidmat dan damai," aku Haji Abu Sa'd (72).

PM Haniyyah memang fasih dan bagus bacaan al-Qur'annya. Ia mendapatkan ijazah qira'ah Imam Hafsh dari Ashim dari Rasulullah dari Syaikh para Qari' Palestin di Gaza Abdur Rahman al-Jamal, yang juga meraih gela]r doktor qira'at dari Makkah al-Mukarramah.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Beginilah sepatutunya ciri-ciri Imam sholat. Imam adalah pemimpin. Bukan pemimpin di saf sholat jamaah sahaja, tetapi juga di saf medan perang, atau medan pertarungan di tengah sosial masyarakat. Untuk menjadi pemimpin umat Islam, sepatutnya bukan pemimpin yang jahil agama, yakni tak mampu menjadi Imam sholat. Apa lagi sholat tarawih yang bacaannya agak banyak dan panjang. Sepatutnya ketua-ketua agama patut menjadi leader sholat. Tak kiralah samada tokoh agama atau politik, raja-raja atau Agung atau PM sekalipun. Baru pemimpin itu berwibawa sebagai pemimpin Islam.

Ada sebuah kisah lucu di KL, setahun dua lalu. Kerana kini sudah menjadi trend di masjid atau surau, pada bulan puasa pihak bertanggung jawab mengimport imam-iman terdiri anak-anak muda hafiz bacaan dan lagunya baik, dari luar mukim. Terutama dari pusat pengajian Islam. Sampailah seorang imam import itu kesebuah surau. Bila sholat akan dimulakan, naiklah anak muda hafiz itu menjadi imam. Walaupun bacaannya baik, tetapi dia tidak memakai kupiah, serban, jubah atau baju Melayu, membuat suasana jadi kecoh sikit. Ada makmum-makmun yang ragu, tak mahu ikut di belakang imam itu! (Pelbagai sumber).


4 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam lailatul qadar untuk anda

umaralfateh said...

http://www.youtube.com/watch?v=WU7R2kyh2Jg&feature=channel_page

ismail haneya dalam solat tarawikh

Ibnu Hasyim said...

T.kasih maklumat tuan. uamaralfateh.

mr edz said...

selamat hari raya.. agak agak PM kita pandai apa yer.. menari poco poco

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails