Thursday, September 03, 2009

MLTR: Lucu, JPM Tegur Maksiat Bulan Puasa Saja.

HALAMAN HIBURAN
Konsert Michael Learns To Rock: Jamil Khir tegur penganjuran pada bulan Ramadan

KUALA LUMPUR:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom hari ini menegur penganjur konsert Micheal Learns to Rock kerana menganjurkan konsert itu pada bulan Ramadan.

Beliau berkata tindakan penganjur meneruskan konsert itu Sabtu ini di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang tidak menghormati bulan Ramadan dan tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sewajarnya mereka peka apabila di bulan Ramadan yang mulia lagi suci ini umat Islam menjalani ibadah puasa pada waktu siangnya dan ibadah terawih dan tadarus pada malamnya," katanya dalam kenyataan di sini.

Jamil Khir berkata teguran beliau itu harus dilihat selaras dengan semangat 1Malaysia demi perpaduan dan kesejahteraan semua pihak. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim:
Apa punya JPM, dah nak buat baru tegur? Pemuda PAS sudah seminggu lebih sebelum itu memberi amaran. Majlis Fatwa pun diam juga. 'Hantu bisu'! Itu gelar Nabi kepada ulama yang diam tidak mahu menyatakan kebenaran. Hantu atau syaitan satu perkara, bisu pula satu perkara lagi. Sudah 2 kali salah.

Dah la tu, ustaz JPM cuma tegur maksiat dalam bulan puasa sahaja. Ertinya waktu lain boleh. Memang orang kampung kata 'ulama ketam tumpul'. Mengetam, hendak melicinkan kayu atau papan yang berserabut.. bila terhalang dengan teras kayu atau buku keras, tukang ketam itu angkat. Tak mampu nak tekan. Sepatutnya di situlah kena tekan lagi kuat! Kalau begitu bila papan atau kayu nak licin? Itulah ulama-ulama anak didik UMNO, ampusana, ampusini!

Lanjutnya sila klik...

1..Kapan Partai Islam Indonesia Mahu Ikut PAS?
2..MLTR: UMNO & Majlis Fatwa Hina Islam? -Dr Mohd Hasyim...

3 comments:

Kuda Perang said...
This comment has been removed by the author.
Kuda Perang said...

Sekali lagi membuktikan Menteri di JPM Bahagian Hal Ehwal Agama dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani bertegas dalam perkara yang melibatkan kepentingan dan kehormatan sebenar Islam di Malaysia..!!!

mr edz said...

banyak sangat konsert kot sampai tak larat nak tegur..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails