Sunday, August 30, 2009

Sempena Merdeka: Tuntutan Cicit Tok Janggut..

Sayangnya, setelah Kebangkitan Tok Janggut , Sultan Kelantan mula berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. (Sumber: http://www.keriswarisan.com)

Gambar Askar British

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut yang panjang, Dia ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Cicit Tok Janggut minta jasa moyang dikenang.(Sumber: http://www.keriswarisan.com)

PASIR PUTEH, 28 Ogos:
Cicit kepada Allahyarham Tok Janggut, pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1914 mahu kerajaan memberi penghargaan yang setimpal terhadap jasa moyangnya sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-52.

Sulaiman Ismail, 85, berkata, sekiranya kerajaan sanggup memberi penghargaan kepada pejuang kemerdekaan seperjuangannya di negeri-negeri Pahang, Perak dan Negeri Sembilan dengan membina memorial mengenai mereka kenapa tidak pada moyangnya. “Ini penting kepada generasi sekarang dan akan datang supaya mereka tidak hilang jati diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya Kampung Batu Hitam di sini, semalam.


Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mohd Hassan Munas melakukan penentangan terhadap Inggeris di Pasir Puteh dan terkorban ketika bertempur di Kampung Saring dan mayatnya disemadikan di Pasir Pekan oleh penjajah berkenaan. Sebelum itu, Tok Janggut pernah dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Raja yang memerintah Jajahan Jeram. Sulaiman mendakwa keris moyangnya, iaitu ‘Keris Tok Janggut’ yang digunakan ketika penentangan itu masih disimpan olehnya dan ia akan dijadikan harta pusaka dari generasi ke generasi.

Beliau berharap sudah tiba masanya kerajaan mengambil perhatian serius mengenainya agar perjuangan moyangnya membela nasib bangsa dan agama tidak hilang identitinya kepada generasi muda bagi lima hingga 10 tahun akan datang. Antara lain beliau mencadangkan supaya kubur moyangnya dipindahkan dari Pasir Pekan, Kota Bharu ke kampung Saring iaitu kampung asalnya yang juga tempat kejadian itu berlaku supaya melengkapkan sejarah perjuangannya.

Sementara itu, anak kelahiran merdeka, Zulkifli Ali mahu kerajaan meletakkan perjuangan Tok Janggut setimpal dengan perjuangannya dalam usaha untuk memartabatkan perjuangan bangsa. Beliau, yang dilahirkan pada 31 Ogos 1966 di Kampung Bukit Abal di sini berkata, orang Melayu kini patut mencontohi perjuangan Tok Janggut yang rela berkorban nyawa untuk kepentingan bangsa dan agama.

Katanya, berdasarkan hakikat itu orang Melayu sekarang sepatutnya insaf jika mereka berpecah belah, disebabkan terlalu rakus untuk mencari kepentingan diri, tidak mustahil dalam tempoh terdekat orang Melayu akan kehilangan kuasa menyebabkan mereka akan merana di tanah air sendiri. “Sebelum terlambat orang Melayu patut menyokong konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang iaitu konsep 1 Malaysia Rakyat

Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan bagi kesinambungan survival perjuangan bangsa dan kemakmuran rakyat Malaysia,” katanya. Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tok Janggut adalah seorang pejuang atau mujahidin Islam. Melihat kepada latarbelakang dan perjuangan beliau, maka layaklah beliau dianugerahkan penghormatan 'As-syahid' ...

Sedikit Mengenai Tok Janggut..

TOK Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara isu yang paling sensitif masa itu ialah pengenaan cukai seperti berikut:

-Cukai kelapa
sebanyak 3 sen setandan
-Cukai
cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
-Cukai
sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
-Cukai
kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff yang bertugas sebagai pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan dan menggantikan Engku Besar. Keadaan makin bertambah buruk apabila Encik Latiff menjalankan tugasnya dengan tegas terutama khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan bersama-sama dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat kelantan, dan ini keadaan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Begitulah perjuagan beliau menghambat penjajah seperti yang dituntut oleh Islam, jadi amat besarlah perjauangan ulama-ulama dalam membangkitkan semangat kemerdekaan. (Sumber: http://www.keriswarisan.com dll/2MA)

Rujukan sila lihat ...

1.. Sejarah PAS
014 - Merdeka !
2..Merdeka: Isteri A/Parlimen PAS 1955, Berumur 101 T...
3..Kes Natrah: Melayu Tolak Undang Penjajah. -Dr Mohd...
4..'Manifesto Al-Badawi' Bawa PAS Perjuangkan Merdeka...
5..Merdeka: Gambar Sejarah, Berkatalah Dr Mahathir..

Dan banyak lagi di blog ini..

5 comments:

Kuda Perang said...

Ya wajar sekali kerajaan mewujudkan sebuah memorial khas untuk mengenang perjuangan Tok Janggut, demi memupuk semangat patriotik rakyat Malaysia..khasnya rakyat Kelantan.

tinta emas said...

Assalamualaikum, anta sihat? ana dapati ada bahagian sejarah yang dipadamkan tentang tuk janggut.. Nama beliau Wan Hassan bin Wan Munaz @ Panglima Munaz, lari dari british di Penang dan bersembunyi di kelantan. Tetapi kerana perjuangan bangsa agama dan nagara maka beliau terus menerus menentang penjajah. Wassalamualaikum.

Anonymous said...

Ini la sumber pertama yang paling lengkap, jelas dan mudah saya faham. terima kasih kerana blog anda membantu saya menyiapkan kajian universiti saya.

laila74 said...

Yeke?saye x bljar plak dlm buku sjrah.btul ke?

Mr Muhammad Fahmi Faiz said...

Assalamualaikum,
Apa komen tuan terhadap fakta yang diletakkan dlm buku Sejarah Tingkatan 2 bahawa Tok Janggut telah derhaka terhadap Sultan Kelantan dengan memerdekakan Pasir Puteh, mendirikan kerajaan baru di P.Puteh dgn Ungku Besar sbg Raja dan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri?

Apakah Tok Janggut pejuang kemerdekaan atau penderhaka Sultan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails