Thursday, July 09, 2009

PPSMI Mansuh, Bukti UMNO/BN Buta Tuli?


KL:Khamis Julai 9, 2009. 'Saya berkesempatan untuk memberi taklimat kepada Tun sebagai menghormati bahawa beliaulah pencetus idea PPSMI.' kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang media khas di Kementerian Pelajaran di Puterajaya (Julai 8), seperti yang dilaporkan oleh media tampatan.

Beliau juga berkata bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara umumnya menerima hakikat bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diubah. Sebelum ini katanya, beliau telah mengadakan perbincangan lebih tiga jam bersama Dr. Mahathir bagi menjelaskan mengenai kesukaran yang dihadapi oleh banyak pihak termasuk keupayaan guru untuk menjayakan dasar yang diperkenalkan beliau itu.

Tetapi menurut bekas PM itu seperti yang disiarkan dalam berita tv malam tadi (pada Julai 8), ianya bukan tanya pendapat tetapi taklimat, jadi Tun Dr Mahathir tidak memberi pandangan apa-apa. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, sebelum itu mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia, juga di sekolah jenis kebangsaan Cina & Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing, yang akan berkuat kuasa pada 2012

Sementara itu Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyifatkan pihak kerajaan memahami 'selera rakyat' apabila langkah memansuhkan dasar tersebut berkuat kuasa, seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr. Hassan Ahmad kepada mStar Online.

Komen Blog Ibnu Hasyim:

1..PPSMI diperkenalkan pada 2003 sewaktu Dr. Mahathir masih menjadi PM. Kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas. Yang mencadang pun UMNO/BN, dan yang menurut buta tuli pun UMNO/BN.

2..Sebab dikatakan buta tuli, ialah kerana mereka tidak memikirkan semasak-masaknya, berapa banyak wang negara, masa dan anak-anak rakyat miskin yang menjadi korban, sedangkan peruntukan untuk sekolah agama rakyat telah dihentikan.

3..Tahniah kepada pembela-pembela bahasa seperti GMP Dr. Hassan Ahmad, A.Samad Said, Prof Ismail Hussain dan lain-lain yang berjuang berterusan sehingga berjaya PPSMI dimansuhkan, walaupun ada di antara mereka telah dituduh jadi alat parti pembangkang.

4..Tahniah juga kepada parti-parti Pakatan Rakyat yang membantu mempercepatkan kejayaan tersebut walaupun dinafikan oleh TPM seperti kenyataannya dalam tv di Malaysia (pada Julai 8) malam tadi.

Semuanya adalah angkara BN, maka kerajaan BN perlu dihukum kerana sudah membazirkan wang negara, masa dan anak-anak rakyat miskin yang menjadi korban. Hukumlah dengan menolak BN dalam PRU 13 akan datang bermula dengan pilihan raya kecil Manek Urai yang akan diadakan beberapa hari lagi. (Pelbagai sumber/AK)

6 comments:

Anonymous said...

Salam.

Dasar Liberal Tun M ni buat 'naya' kat bebudak kampung jer.

Anonymous said...

A'kum.

tak boleh juga kata kerajaan buat aniaya kepada rakyat pasal ppsmi sebab banyak kebaikkan daripada program ini.

walaupun rasa sedikit susah dan payah dalam memberi input (guru) dan menerimanya (murid - tapi tak semua la), tiada satu perkara yang mudah untuk kita dapat dengan goyang kaki.

saya rasa kecewa juga kerana tuan puan yang sama-sama kita belajar si universiti / kolej, Bahasa Inggeri sangat banyak digunakan sebagai medium buku-buku rujukan.

siapa la yang tidak sayangbahasa ibunda. orang cina pun ajar science dalam dwi-bahasa (saya guru sekolah rendah kebangsaan) dan untungnya anak bangsa mereka dapat belajar dwi-bahasa sekaligus.

apalah salahnya diteruskan sebab semua tahu kebaikannya dalam bahasa inggeris. seperti juga bahasa arab, pelajar digalakkan mengambilnya , khasnya di sek men agama, kannnnnnnn.....


tolonglah jangan prejudis terhadap bahasa inggeris. elaklah TPM kita kata nak mantapkan bahasa inggeris dan martabatkan b. malaysia.

take care malaysia

Anonymous said...

salam

mengenai ppsmi ni mmg mendatgkn kebaikan kepada ank2 melayu khasnya dan Malaysia amnya tp kt kna lah melihat adakah persediaan kt untuk menghadapi pembelajaran itu sempurna. kita nak melaksanakan ppsmi perlu melihat kepada pelaksanaan yg dilakukan, adakah guru yg bkal melaksanakn ppsmi ni berkaliber dan berkemampuan utk mengajar dalam bhasa inggeris. kta perlu memperhebatkan peranan tenaga pengajar dahulu sebelum melaksanakan dasar pendidikan yang sebesar ini. sebagai contoh sekira ssorg individu ini berkahwin adakah persiapan yang diperlukan ketika sudah kahwin, agak janggalkan sbab persediaan perlu dilakukan sebelum kahwin merujuk sperti isu ini juga persediaan perlu sebelum pelaksanaan barula tidak timbul isu mengenai penggunaannya dalam pendidikan negara. sekiranya persediaan rapi kta laksanakan sy adalah jutan insan yg akan menyokongnya.

ahmed said...

Tetapi menurut bekas PM itu seperti yang disiarkan dalam berita tv malam tadi (pada Julai 8), ianya bukan tanya pendapat tetapi taklimat, jadi Tun Dr Mahathir tidak memberi pandangan apa-apa. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, sebelum itu mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia, juga di sekolah jenis kebangsaan Cina & Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing, yang akan berkuat kuasa pada 2012

ali said...

mengenai ppsmi ni mmg mendatgkn kebaikan kepada ank2 melayu khasnya dan Malaysia amnya tp kt kna lah melihat adakah persediaan kt untuk menghadapi pembelajaran itu sempurna. kita nak melaksanakan ppsmi perlu melihat kepada pelaksanaan yg dilakukan, adakah guru yg bkal melaksanakn ppsmi ni berkaliber dan berkemampuan utk mengajar dalam bhasa inggeris. kta perlu memperhebatkan peranan tenaga pengajar dahulu sebelum melaksanakan dasar pendidikan yang sebesar ini. sebagai contoh sekira ssorg individu ini berkahwin adakah persiapan yang diperlukan ketika sudah kahwin, agak janggalkan sbab persediaan perlu dilakukan sebelum kahwin merujuk sperti isu ini juga persediaan perlu sebelum pelaksanaan barula tidak timbul isu mengenai penggunaannya dalam pendidikan negara. sekiranya persediaan rapi kta laksanakan sy adalah jutan insan yg akan menyokongnya.

zaid said...

tak boleh juga kata kerajaan buat aniaya kepada rakyat pasal ppsmi sebab banyak kebaikkan daripada program ini.

walaupun rasa sedikit susah dan payah dalam memberi input (guru) dan menerimanya (murid - tapi tak semua la), tiada satu perkara yang mudah untuk kita dapat dengan goyang kaki.

saya rasa kecewa juga kerana tuan puan yang sama-sama kita belajar si universiti / kolej, Bahasa Inggeri sangat banyak digunakan sebagai medium buku-buku rujukan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails