Sunday, July 05, 2009

Liberalisasi Ekonomi: Dr M Serang Najib.. Mana Ekonomi Islam?

TUN Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Najib Razak atas langkahnya membuka ruang semakin luas untuk pelabur asing mengambil kepentingan dalam ekonomi negara. Mahathir berkata langkah-langkah yang diumumkan oleh Najib hanya bertujuan untuk meraih populariti dan tidak akan membantu kaum Melayu, Cina atau pun India. Laporan dari Suara Keadilan Online.

Seterusnya...

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah pemansuhan beberapa syarat untuk melindungi kepentingan bumiputera dan kaum lain dalam sektor-sektor utama termasuk pelaburan asing. Syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan sebelum Najib mengambil alih kerajaan Barisan Nasional April lalu.

“Saya berpendapat segala langkah itu lebih bertujuan untuk menjadi popular,” kata Mahathir merujuk kepada langkah-langkah Najib meliberalisasikan ekonomi untuk menarik pelaburan asing.”Saya tak tahu sama ada langkah-langkah ini akan membantu eknomi, sebab hakikatnya ekonomi Malaysia telah berkembang sejak kemerdekaan,” tambah mantan Perdana Menteri itu.

“Ekonomi kurang rancak sekarang, tetapi ini adalah kerana faktor persekitaran luaran, bukannya kerana perkara-perkara didalam negara,” Mahathir berkata. Mahathir berkata Najib harus berwaspada terhadap pelabur asing yang mahukan kawalan sepenuh ke atas syarikat-syarikat pengurusan dana kerana “mereka tidak ada sebarang nilai kesetiaan kepada negara.”

“Mereka berada di negara ini untuk membuat untung. Apabila mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka meninggalkan negara ini dan kita menanggung kesannya,” kata Mahathir. Ketika menangani krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-98, Mahathir mengekalkan dasar-dasar ekuti dan peruntukan saham bumiputera dan enggan membuka secara bebas sektor-sektor utama seperti perbankan kepada pelabur asing.

Beliau telah berpaut kepada prinsip bahawa Malaysia memerlukan pelaburan asing untuk merancakan pertumbuhan ekonomi negara, Namun pada masa sama Mahathir lantang menekankan keperluan melindungi peniaga bumiputera dan industri tempatkan daripada menjadi mangsa pengambil alihan syarikat-syarikat antarabangsa.

Mahathir sebelum ini telah mengelar Najib sebagai lemah dan pengecut apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah Badawi. Kritikan terbaru secara terbuka Mahathir mencerminkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak, khususnya akar umbi UMNO terhadap mainan politik Najib bersabit hak keistimewaan kaum bumiputera, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ulama-ulama Islam, tinjau-tinjaulah, inilah masanya yang baik untuk mempersembahkan sistem Islam sebagai sistem ekonomi alternatif.

(Sumber: Suara Keadilan Online/AK)

1 comment:

Anonymous said...

Kita bagi (jual) Proton pada syarikat luar, kita bagi KLIA pada syarikat luar, kita bagi kampung kita pada orang luar, kita bagi segala-galanya – kan dapat pulangan duit kertas. Atau itik yang bertelur emas (asset) ni kita simpan – telurnya saja kita liberalisasikan. Itik (ketuanan) kita simpan – tiada kompromi dalam hal ketuanan kita.

Liberalisasi ekonomi cenderung kepada penjajahan sesebuah negara. Cuba fikir kenapa mana-mana syarikat yang hendak bertapak diSarawak perlu didaftarkan mengikut kehendak negeri Sarawak iaitu 51% ekuitinya hendaklah orang Sarawak. Kenapa, kemasukkan orang semenanjung (walhal warganegara Malaysia) ke Sarawak bersyarat?
Peliknya, bila orang luar/ syarikat asing – mudah sangat diberikan “kerakyatan” penuh berniaga – untungnya disedut keluar negara balik ke tanah asal nenek moyang mereka. Apa yang orang tempatan dapat dipenghujungnya? Bila madunya sudah habis, mereka pun belah - Seperti Tun Mahathir kata, mereka ini/ syarikat luar ini tiada kesetiaan – itulah pentingnya disyaratkan 30% – sebaiknya (ideal) ekuiti orang tempatan adalah 51% apapun 49% pun takpe. Kalau 30% inipun dihapuskan atau direndahkan lagi, bukankah itu hakikatnya kita sudah hilang ketuanan?
Orang Melayupun dari negeri bukan Kelantan tak lepas jika hendak memiliki tanah diKelantan kalau bukan anak jati Kelantan – hati-hati dengan liberalisasi. Kenapa ada Tanah Simpanan Melayu? kenapa ada Hutan Simpan? Kenapa ada hak pribumi? dan sebgainya – kita tidak boleh liberalisasi secara mutlak. Yang kuat menelan yang lemah itu undang-undang rimba. Apakah kita sudah begitu kuat untuk liberalisasi?

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails