Wednesday, July 08, 2009

Islam Ke A/T'gara Bermula Merong Mahawangsa?

CATATAN SANTAI
Dalam foto yang dirilis kantor berita China, Xinhua ini menunjukkan warga memandangi mobil-mobil yang hancur dalam kerusuhan Minggu malam di Jalan Beiwan, Urumqi, ibukota provinsi Xinjiang, China. -Kompas.com
'..sejarah kedatangan Islam ke Asia Tenggara bermula dengan kedatangan Merong Mahawangsa, cucu kepada Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang di Negara China... '

SAYA mengucapkan terima kasih kepada seorang pelayar blog ini, yang menghantar e-mail kepada saya, berbunyi...

"Assalamualaikum Tuan Haji. Saya merupakan salah seorang peminat yang sering mengunjungi blog Tuan Haji. & Saya amat2 gembira apabila Tuan Haji sambung kisah tentang orang2 Melayu di Myanmar tu...

Saya seorang penyelidik bebas sejarah yang buat kajian secara individu di masa lapang. Saya sebenarnya seorang penjawat awam di Sarawak. Skop kajian saya ialah mengenai sejarah realiti orang2 Melayu di Asia Tenggara. Berdasarkan kajian personal saya, banyak sejarah sebenar kita telah digelapkan atau sengaja diselindungkan oleh penjajah. Kitab2 & buku2 dikumpulkan dan dikatakan hilang @ sengaja dibakar, bangunan2 diruntuhkan dan sebagainya.

Secara umumnya, saya boleh jelaskan pada Tuan Haji, sejarah kedatangan Islam ke Asia Tenggara bermula dengan kedatangan Merong Mahawangsa, cucu kepada Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang di Negara China. Baginda bergelar Sultan Mudzaffar Syah I di alam Melayu. Dari keturunan bagindalah, bermulanya pelbagai Kerajaan yang dikatakan sebagai bukan Islam pada hari ini. Antara yang terpenting, Kerajaan Toung Oo di Myanmar, Kerajaan Siam di Thailand, Kerajaan Champa di Indo-China dan sebagainya.

Perkara lain, nama Jawa sebenarnya merujuk kepada Bani Jawi, iaitu rujukan bagi semua masyarakat di Nusantara ini. Ia berasal di Kelantan, iaitu pusat pentadbiran yang bernama Jawadwipa dan Jawakoti, sebelum nama itu kemudian digunakan di Tanah Jawa sahaja dan kekal pada masa sekarang. Kerajaan Srivijaya juga bermula di Kelantan sebelum berpindah dan digunakan di Pulau Sumatera.

Maafkan saya jika saya menerangkan agak panjang lebar, tapi kisah pengembaraan Tuan Haji di Myanmar dan bertemu dengan kelompok Melayu di sana seolah-olah melengkapkan dan membenarkan sumber yang saya perolehi sebelum ini. Saya harap Tuan Haji dapat bukukan kisah khas mengenai orang-orang Melayu di Myanmar itu dan saya akan jadi orang pertama yang membelinya.

Saya faham Tuan Haji mungkin sukar untuk menerima penjelasan saya ini. Seperti kawan2 saya yang lain, saya juga pada awalnya juga sukar untuk menerima fakta2 sebenar memandangkan kita semua sudah lama disetkan dengan sejarah versi penjajah yang mengatakan sejarah Melayu bermula dari Parameswara Hindu yang datang ke Melaka dari Sumatera. Tapi kebenaran tetap akan datang & kebangkitan Islam akan bermula dari Nusantara ini.

Oh ya, sebelum lupa, sayalah orang yang memberi komen dalam blog Tuan Haji sebelum ini mengenai kisah Melayu di Myanmar itu. Semoga bertemu lagi. Saya seronok membaca blog Tuan Haji dan harap2 Tuan Haji dapat lebihkan gambar bagi cerita tersebut. & semoga Tuan Haji dapat pertimbangkan permohonan saya supaya dibukukan kisah mengenai Melayu di Myanmar itu. Sekian, wassalam... Dari: Mohd. Rusydi Azfar "

Insya Allah saranan tuan saya sanjung tinggi, saya akan cuba laksanakan. As-salamu alaikum.
Antara siri-sirinya..
Wassalam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai

alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 08, 2009.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails