Monday, July 06, 2009

M/Urai: Sah! 1 lwn 1. Tiada Calon Bebas.


Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat (dua kiri) dan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah (dua kanan) di pusat penamaan calon Kuala Krai hari ini. -fotoTHE STAR oleh Sazuki Embong

KUALA KRAI Isnin Julai 6, 2009 : Sah! Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan satu penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS. Tiada calon bebas. BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

Tuan Aziz yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Fauzi pula ialah Bendahari PAS Kuala Krai dan seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Status mereka sama ada layak tanding ataupun sebaliknya disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin kira-kira pukul 11.15 pagi tadi. Ini merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai hari pengundian. Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

Daripada jumlah itu, 12,197 adalah pengundi Melayu merangkumi 99.2 peratus manakala pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang. Penamaan calon telah berlangsung di Dewan Petra Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 di sini. Sembilan pusat pengundian akan dibuka dengan jumlah saluran mengundi 27 buah dan petugas pilihan raya seramai 497 orang. (AK)

Sila lihat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails