Sunday, July 05, 2009

Dr Asri Bekas Mufti Perlis Cadang MB Kelantan Jadi PM. Bagaimana?


TUAN Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sekarang dicadangkan sebagai pemimpin tertinggi di negara ini atau sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Ustaz Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas Mufti Besar Perlis. Pandangan tersebut disuarakan sewaktu wartawan bertanya beliau, seperti yang diceritakan dalam Kuliah di Masjid Alwi di Kangar Perlis pada Jun 09, 2008. Sila lihat vedio klip di bawah ini.

Soalnya bagaimana boleh berlaku begitu, sedangkan Tok Guru bukan pemimpin BN yang memerintah Malaysia? Maka kenalah beri kemenangan kepada PAS melalui Pakatan Rakyat (PR). Berilah kemenangan kepada PR, melalui kerusi parlimen yang majoriti milik PAS dalam PRU 13 akan datang. Oleh itu buktikan sokongan anda supaya calon PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai yang akan diadakan ini menang besar! Suatu pukulan moral kepada BN!



Undilah PAS. (2MA)

13 comments:

Tok Tam said...

Assalamualaikum. Minta izin berbicara. Tok nak minta pada semua bloggers yang berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah agar menolak sebarang cadangan, fatwa, fahaman dan apa saja dari puak Wahabi kerana mereka ada agenda tersendiri dalam memuji atau mengkritik selagi mereka tidak bertaubat kembali kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sila layari laman web Islam Vs Wahabi untuk mendapat info lanjut.

khamis said...

imam masjid makah & madinah tu kan pengikut wahabi ? macamana pulak tok ?

semua orang pergi haji/umrah solat mereka tidak sah la kalau begitu ?

Shahabudeen Jalil said...

Apa dosa wahabi yang Tok Tam nie anti sgt???

Kalau nak tuduh membabi buta macam ni, Tok Tam berdosa tau.

Anonymous said...

Bekas Mufti ni banyak ilmu agama,yang cakap dia wahabi tu baca alfatihah pun tak betul..Oleh itu jangan nak tuduh macam-macam,dia pun menafikan yang dia tu wahabi,oleh itu,yang tuduh-tuduh tu bertaubatlah..pandangan yang baik dari beliau kita terima,yang rasa tak baik bagi teguran,entah-entah pandangan kita yang sesat...kalau dia tegur benda khurafat yang kita amalkan dalam masyarakat dan kita rasa tercabar lalu kita kata dia sesat dan wahabi tu tak baiklah,yang tuduh tuduh tu ,tangkal yang dipakai pada anak untuk elak gangguan syaitan tu dah dibuang ke?

Qorie Afifi said...

KHILAF dalam makna kamus indonesia bererti kesilapan dan khilafiah dari sudut agama bererti perbezaan pendapat. Perkara khilaf kalau di debat hanya akan memecahkan umat. Apabila wujudnya khilaf maka disini turut wujudnya persimpangan amalan. Jika sesiapa ingin beramal dgn pendapat khilaf maka beramalah ia kerana hukum khilaf yang dikeluarkan ditanggung oleh ulama yang berkhilaf jika ia mahu menolak khilaf maka tolaklah kerana kerana ianya bersifat harus. Apapun amalan petunjuk guru adalah penting. Jangan hanya ada baca buku saja kemudian keluar terus mengaku guru dan menjadi ustaz chocfat....

mr edz said...

jangan suka menuduh sebarangan orang wahabi..

Gedung Akal said...

Salam sejahtera
Apahal pula Wahabi?
Kah..kah..kah..kah..kah
Wahabi sesat dan menyesatkan?
Kah..kah..kah..kah...kah
Kutu amerika sudah masuk kepala orang Melayu..kah..kah..kah
Orang Melayu dan kena tipu kah..kah..
Amerika sudah tipu sama Melayu
Kata Wahabi ada agenda tersembunyi...kah..kah..kah
Wahabi sama macam Amerika..kah..kah
Wahabi seat..Melayu bijaksana? kah..kah..kah..

Anonymous said...

Segelintir pengikut ASWJ memang berperangai macam Tok Tam ni....smua dia aje yg betul....Ade ke dalam AlQuran kate ASWJ sahaja yg betul/benar...yg lain sesat?

Puak ni slalu kate ;

- Syiah sesat
- Wahabi sesat

Tapi yg diorang kate sesat tulah yg nampak nyata membela islam....Mase org palestin kene bom dgn israel, mane dia org2 ASWJ?....kecut teloq?...puak yg sesat ni jugak la yg berjihad bersama mereka....

ASWJ konon....tapi sunnah rasul tak ikutpun....bergebang je lebbeh...

dulukini said...

Kita patut berbangga di gelar pengikut wahabi sebagaimana kita berbangga digelar pengikut as-syafie.

Yang tak bolehnya kalau kita mengaku sebagai muhammadi, sebab Rasul saw tak ajar macam tu.

Masalahnya adalah peersepsi mereka yang tidak memahami ajaran Sheikh Muhammad Abdul wahab dan menuduhnya sesat.

Tugas kita lah untuk menerangkan & menjelaskannya kepada mereka,
insya Allah.

azamzaki said...

baca le sejarah wahabi adeh melayu senang tertipu , semoga mesia tak jadi negara wahabi , risau aku nengok cam virusdah

Anonymous said...

Assalam semua...
tolong2 lah baca doktorin puak wahabi dan sejarah wahabi bagi yg menyokong cuba2 lah buka minda dan pintu hati dgn banyakkan membaca dan bertanya mengapa ditolak dan siapa puak sebenarnya....
Nikmat dan kejayan Islam tanpa wahabi
wassalam

AKu ADalAh Aku said...

cuba matang skit sumer....
berdoa jew supaya sumer nye selesai....
berpegang pada al quran dan sunnah....
kan sifat mengkritik 2 sifat yang x mulia....

Redhuan D. Oon said...

Saya sokong kedua-dua Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Mereka dynamik, terbuka dan tidak takut politiking musuh yang tadak keje lain melainkan kutuk je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails