Saturday, July 11, 2009

Kini, Pak Su Wel Dah Ada Dalam PAS...

Manek Urai: keranda buat BN?


KOTA BHARU, Jun 11— PAS dan Umno perlu mencari orang seperti bekas ADUN Manek Urai, Ismail Yaakub atau lebih dikenali dengan nama Pak Su Wel jika mereka mahu menang dalam pilihan raya kecil itu.

Bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkifli Omar dilaporkan berkata BN perlukan calon seperti Ismail untuk menang PRK tersebut.

"Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung. Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang,” jelasnya.

Sementara itu, PAS akan mewujudkan sebuah Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memudahkan gerak kerja jentera pilihan raya DUN Manek Urai.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada strategi awal PAS sempena PRK tersebut bakal diadakan pada 14 Julai depan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, ketika dihubungi memberitahu perasmian akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Markas Majlis Tindakan DUN (MTD) Manek Urai malam esok.

PRK DUN Manek Urai akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakub, pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Allahyarham merupakan calon tidak pernah tewas dalam pertandingan pilihan raya dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bagi DUN Manek Urai selama lima penggal.

Pada pilihan raya umum tahun lalu Ismail menewaskan calon BN, Mohamad Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352, dan PAS berjaya meraih undi popular melebihi 55 peratus.

Komposisi pengundi DUN Manek Urai ialah 99.2 peratus terdiri dari pengundi Melayu manakala Cina 0.46 peratus dan India 0.23 peratus.

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krai optimis PAS akan berjaya mengulangi kemenangannya pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Manek Urai.

Timbalan Ketua Dewan Muslimah PAS kawasan, Hazimah Khalipah, berkata kesungguhan serta semangat kerjasama yang tinggi ditunjukkan jentera pilihan raya di sembilan Unit Peti Undi (UPU) cukup meyakinkan beliau bahawa PAS akan menang pada PRK tersebut.

“Kita juga telah berjaya mengadakan perjumpaan dengan pengundi di sembilan UPU berkenaan. Hasilnya positif,” katanya ringkas semasa dihubungi.

Diangkat dari: The Malaysian Insider: PAS dan Umno perlukan ‘Pak Su Wel’ untuk menang di Manek Urai - oleh Mohd Zuharman

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah hal sebagai isyarat dari The Malaysia Insider bahawa PAS akan menang? Kerana Pak Su Wel adalah anak didik PAS, dan kini penggantinya sudah ada.. (AK)





Apa khasiat teh hijau? Beli sambil berderma. Kik di sini..
Ke Bangladesh, Bhutan, Nepal & Tibet Bersama Teh H...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails