Sunday, July 12, 2009

Dr Asri Suruh Penyokong UMNO Undi PAS Di M/Urai..

Jangan Jatuhkan Kelantan

“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.” (Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin)

- www.drmaza.com

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ertinya, tentu beliau suruh selain penyokong PAS pertahankan kerajaan PAS Kelantan, termasuk ahli UMNO. Untuk itu mereka perlu undi PAS Di Manek Urai. Jelasnya memang Dr Asri suruh ahli UMNO sokong PAS di Manek Urai.

Lihat lagi..

(AK)

Membeli sambil berderma 'teh hijau.. klik sini.

1 comment:

Unknown said...

Setakat ini kelibat Najib belum nampak lagi di Manek Urai. Dia lebih senang mengumumkan 'hadiah' untuk rakyat sempena 100 hari beliau jadi PM di KLCC di depan mat bangla dan mat indon berbanding untuk melakukannya di depan rakyat Manek Urai.

Najib sudah tentu tidak mahu pilihan raya kecil (PRK) Manek Urai dikaitkan dengan diri dia.

Dia tidak mahu kekalahan di Manek Urai dianggap sebagai penolakan rakyat kepada pimpinan beliau.

Malah hantu Altantuya akan mengekori beliau kalau beliau datang ke Manek Urai yang sedikit sebanyak akan membawa sial kepada parti UMNO.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails