Saturday, July 18, 2009

Zahid Jumpa Netanyahu Tagih Keamanan, Siapa Tipu Siapa?

JENDELA GLOBAL

18 Julai, 2009: Zahid Pernah Jumpa Netanyahu Nyatakan Pendirian Malaysia
Daripda Zulkifli Bujang


BEIRUT, 17 Julai (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis Jun lepas bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.

Beliau berkata pertemuan tersebut bukan atas permintaannya tetapi diminta sendiri pemimpin Israel itu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemui Netanyahu.

"Saya mengenakan syarat kepada beliau (Netanyahu) sekiranya mahu bertemu dengan saya, iaitu tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard", dan beliau akur," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini Jumaat.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata Malaysia melahirkan pendirian tegas kepada Israel sekiranya mereka benar-benar ikhlas mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat, mereka harus mengiktiraf kerajaan Palestin.

"Jika Israel mahu menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri masih melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin dan negara-negara di sekelilingnya," katanya.

Ahmad Zahid ketika mengulas pertemuan selama 35 minit dengan Netanyahu berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang negara seperti Lubnan, Syria dan Palestin bagi menghentikan kekejaman Israel seperti yang disuarakan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak di Mesir baru-baru ini.

Beliau ketika ini mengadakan lawatan enam hari ke Lubnan. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim:

1..Yang nak jumpa sebenarnya Israel, bukan Malaysia, bererti itu adalah agenda Israel.

2..Zahid adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang Israel jumpa, ertinya ada kaitan ketenteraan.

3..Harapan Zahid 'sekiranya mereka benar-benar ikhlas mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat, mereka harus mengiktiraf kerajaan Palestin, ' Tidak disebut 'Palestin' mana, Palestin dikuasai HAMAS yang tidak diiktiraf Israel atau Palestin tajaan Israel, yang Israel suka.

4.. Soalnya, adakah yang diiktiraf itu 'PAS Palestin' atau 'UMNO Palestin'? Sila klik & lihat..
5.. Pertemuan itu adalah merupakan lambang 'restu dan iktiraf'nya Malaysia mengenai sikap ke'pengganas'an Israel di bumi yang sebenarnya Israel adalah bangsa pelarian. Zahid mengiktiraf juga, bahawa Israel tiada "double standard".

6.. Jelas kini, siapa tipu siapa?

(AK)

3 comments:

Anonymous said...

Apa beza Nik Aziz dengan Hj Hadi sambut Lee Kuan Yew..kepala yahudi Asia Tenggara.. beb.

AkuAnakPulau said...

Buktikan Lee Kuan Yew..kepala yahudi Asia Tenggara? Kalau betul malaysia lagi teruk, beri untung percuma kepada Singapura berniaga air dari Malaysia? Bodoh punya pemimpin!

Anonymous said...

Betoi tu. Tok Guru Nik Aziz mana bagi apa-apa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails