Tuesday, July 14, 2009

M/Urai: PAS Menang Dalam Kalah (hanya 65 Undi)?

MOHD. Fauzi Abdullah (dua dari kiri) bersama pemimpin-pemimpin PAS selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai malam ini.


KUALA KRAI: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti tipis 65 undi. Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283. Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.

Ia diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam selepas suasana cemas dengan kiraan undi di beberapa pusat mengundi sejak 7 malam tadi. Sejak 7 malam tadi muncul pelbagai desas-desus bahawa masing-masing calon PAS dan BN mencapai kemenangan di kubu kuat PAS ini.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

Seramai 12,293 pengundi layak untuk calon pilihan mereka antara Tuan Aziz dan Fauzi. Hampir 99.2 peratus pemilih adalah kaum Melayu sementara hanya 0.46 peratus Cina, 0.23 peratus India dan 0.11 peratus kaum-kaum lain. Bolehkah dikatakan PAS menang dalam kalah?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails