Wednesday, March 18, 2009

Kerajaan Perpaduan: Berpaut Pada Sehelai Rambut?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

KOMEN dari Anonymous atas tulisan saya semalam, Tuesday, March 17, 2009 Sejarah PAS 29: Jatuh Kerana Kerajaan Campuran?

Anonymous said... Sejarah telah membuktikan "percampuran" antara PAS dengan UMNO tidak pernah berkesudahan dengan baik. Sejarah tidak pernah menipu.Amat hairan mengapa masih ada lagi kelompok dalam PAS yang masih mahu "bercampur" dengan UMNO. Dewasa ini UMNO berada dalam keadaan sakit tenat munkin juga telah nazak. Kenaapa PAS perlu menghulurkan "tali hayat" adalah suatu persoalan yang amat sukar diterima olih kebanyakan ahli-ahli PAS.

Menggunakan istillah "campuran" bukan "penyertaan" kata-kata "perpaduan" bukan "gabungan" - tidak menyakinkan ahli-ahli PAS keseluruhannya terutama Mursyidul Am PAS. Kumpulan "duri dalam daging PAS" ini bukan pula ramai tetapi amat berpengaruh. Sebelum mengumumkan idea "Kerajaan Perpaduan" ini Presiden dan Timbalannya telah mengelilingi seluruh negara (tidak termasuk Sabah dan Sarawak} menekankan dan membajikan ketelinga seluruh ahli PAS untuk "walaq" kepada pucuk pimpinan.

Rupa-rupanya ada udang sebalik batu satelah gaggalnya hasrat mereka untuk bermuqabalah dengan UMNO. Tidak hairan idea Kerajaan Perpaduan ini amat disokong oleh beberapa pemimpin UMNO.Kenaapa tidak? Orang yang sedang lemas hampir tenggelam akan berpaut walau pun kepada sehelai rambut. March 18, 2009 1:13 AM

Saya telah menulis sejarah PAS dalam blog saya ini sejak Mei2, 2007 hingga sekarang sudah 29 siri. Sila ikuti sejarah PAS dari awal dalam http://www.ibnuhasyim.com

1.. Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 1: Muqaddimah Kesinambungan
2..Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 2: Siasah Ulama
3..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat.
4..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah
5..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 5: PAS Bebas Lepas.
6..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam
7..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas
8..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka

9..Saturday, April 5, 2008 Sejarah PAS 9: P'raya Umum Pertama.
10..Saturday, April 5, 2008 Sejarah PAS 10: Prof Dr Burhanuddin
11..Sunday, April 6, 2008 Sejarah PAS 11: Muktamar ke 5 Yang Menarik..
12..Sunday, April 6, 2008 Sejarah PAS 12: Pembunuhan Pertama Mencabar ...
13..Friday, May 2, 2008 Sejarah PAS 13: Bahaya Dari Gunung?
14..Friday, May 2, 2008 Sejarah PAS 14: Merdeka!
15..Saturday, July 19, 2008Sejarah PAS 15: Persiapan Kepimpinan: Ahmad Badawi Ketua Pemuda PAS Pertama?
16.. Friday, August 15, 2008 Sejarah PAS 16: Menggempur!

17..Saturday, January 24, 2009 Sejarah PAS 17: Parti Islam Pertama Membentuk Kerajaan.
18..Friday, January 30, 2009 Sejarah PAS 18: Ke Mana PAS Pimpinan Dr Burhanuddin?
19..Saturday, January 31, 2009 Sejarah PAS 19: Ekonomi & Negara Kebajikan Menurut Dr Burhanuddin.
20..Monday, February 2, 2009 Sejarah PAS 20: PAS & Politik Global 1960-1964
21..Saturday, February 7, 2009 Sejarah PAS 21: Demokrasi Liar.
22..Monday, February 9, 2009 Sejarah PAS 22: Dr Burhanuddin, Nasionaliskah?
23..Friday, February 13, 2009 Sejarah PAS 23: Pilihan Raya 1964.
24..Wednesday, February 18, 2009 Sejarah PAS 24: Perginya Ustaz Zulkifli..
25..Saturday, February 21, 2009 Sejarah PAS 25: Masalah Singapura.
26..Friday, February 27, 2009 Sejarah PAS 26: 1969 Tahun Cabaran.
27..Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan
28..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting.
29..Tuesday, March 17, 2009 Sejarah PAS 29: Jatuh Kerana Kerajaan Campuran?

Hal ini tidak termasuk pemgalaman penulis dalam kisah sejarah seperti Imbauan 1 hingga Imbauan 8, Sejarah Politik Balik Pulau 1 hingga 5 dan beberapa lagi. Namun untuk melihat sejarah Kerajaan Campuran yang dialami oleh PAS dan faktor-faktor penyebab kelahirannya, sila lihat siri ke 26, 27, 28 & 29. Dan saya akan terus menulis sejarah PAS hingga kini, insya Allah.

Dengan melihat pengalaman sejarah PAS Kerajaan Campuran lalu, mengingatkan PAS supaya berwaspada seperti pesan Rasulullah SAW jangan dipagut ular dua kali dalam lubang yang sama.

Salam dari catatan santai buat kali ini.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 18, 2009. KL.

Sila lihat http://www.ibnuhasyim.com

1..Monday, March 16, 2009 Kerajaan Perpaduan, Muktamar Tentukan.. Nik Aziz. 2..Sunday, March 15, 2009 Kerajaan Perpaduan: Muhyiddin Sokong Abdul Hadi. 3..Friday, March 13, 2009 DAP Tolak Kerajaan Campuran.. Lim Guan Eng 4.. Thursday, March 5, 2009 PAS Menuju Kerajaan Perpaduan? 5..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting. 6.. Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan Perpaduan/Campuran.

1 comment:

bungaraya said...

Apapun jua alasannya, campurankah, kesatuankah, perpaduankah atau gabungankah..kegagalannya semuanya berpunca akibat tiada keikhlasan kedua belah atau beberapa belah pihak yang bercampur atau bergabung itu. Jika setiap campuran bermula dengan nawaitu yang baik dan ikhlas, gangguan fitnah dan sikap hasad dengki yang bertakhtha dijiwa dan sanubari juga sentiasa menjadi gangguan setiap waktu dan ketika. NAMUN disebalik semua itu tidak juga dapat kita nafikan akan kebaikan dan ujud hasil penyatuan PAS dan UMNO pada suatu ketika dulu. Cuma mungkin penulisan Ibnu Hasyim tidak menjurus kearah itu.
PAS sepatutnya mengambil kesempatan untuk "menghebatkan" lagi kemertabatan ISLAM jika sekiranya mereka dibawa dalam pemerintahan negara ini. Semua kita tahu betapa sengsaranya PAS bercampur dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Jikapun pemerintah negara ini suatu waktu nanti bertukar tangan, mungkin bukan PAS yang merupakan parti tulang belakang pemerintah itu. Mungkin besar ialah PKR. Dalam keadaan itu apakah senang suasananya jika dibanding bercampur dengan UMNO?.
Dalam keadaan UMNO seperti yang sdr kata tengah nazak ini, peranan PAS untuk mengubati penyakitnya sangat memberi makna yang besar. Tidak mustahil PAS akan diberikan tanggungjawab yang besar juga dalam pemerintahan hasil campuran UMNO/PAS. Terpulang kepada perbincangan antara kedua pemimpin utama parti. TAPI itulah NAWAITU kedua belah pihak kena ngam, Jawatan dibahagi kena Ngam, dan semuanya harus bersandarkan "campuran yang ujud dari hati yang ikhlas". Jangan gunakankan ilmu politik yang dipelajari dari barat 100%.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails