Monday, March 16, 2009

Kerajaan Perpaduan, Muktamar Tentukan.. Nik Aziz.


By Asyok Kumar

MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pandangan peribadinya mengenai cadangan mewujudkan Kerajaan Campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini, di Kota Bharu semalam. Menurut beliau ‘perkara itu akan diperhalusi pada Muktamar Tahunan PAS pada Jun nanti’.

Ini kerana, kata beliau, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum mereka berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama. "Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik)… Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu)," katanya, menurut Mstar online.

Sebelum ini, susulan cadangan Abdul Hadi, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS mengemukakan butiran jelas mengenai secara terperinci cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan pakatan pembangkang di negara ini. Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut presiden PAS itu menerangkan maksud beliau kepada Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam gabungan parti pembangkang.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras Sinator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi, supaya tidak tertipu dengan muslihat pihak tertentu mencadangkan pembentukan Kerajaan Campuran, kerana langkah tersebut bakal menjahanamkan UMNO dan masa depan Melayu. (AK)

Sila lihat http://www.ibnuhasyim.com

1..Sunday, March 15, 2009 Kerajaan Perpaduan: Muhyiddin Sokong Abdul Hadi. 2..Friday, March 13, 2009 DAP Tolak Kerajaan Campuran.. Lim Guan Eng 3.. Thursday, March 5, 2009 PAS Menuju Kerajaan Perpaduan? 4..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting. 5.. Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan Perpaduan/Campuran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails