Wednesday, March 18, 2009

Ali Rustam Mula Bertempur Atau Digempur?

By Megat Ali Megat Alang

GAMBAR ini menunjukkan protes beberapa penyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melaungkan "Hidup Ali Rustam" sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinannya. Hal ini berlaku ketika menunggu keputusan Lembaga Disiplin UMNO berhubung dakwaan melakukan politik wang di luar lobi Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 17 Mac ini (foto BERNAMA).

Ali bagaimanapun didapati bersalah melanggar tataetika ahli parti melibatkan politik wang dan beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Agung Umno bulan ini. Beliau dilucutkan hak bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO - pemimpin yang pertama dalam sejarah parti itu dikenakan tindakan sedemikian - akan kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Ali, calon kedua terbanyak menerima pencalonan iaitu 48 setakat November lalu, hanya tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO, tetapi kekal Ketua Menteri Melaka. Sementara itu, Mohd Ali ketika ditemui pada majlis memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti di Ipoh, enggan memberikan ulasan lanjut berhubung perkara tersebut.

Mohd. Ali yang merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO bertanding buat julung kali merebut jawatan Timbalan Presiden. Beliau dipilih sebagai Naib Presiden buat kali pertama pada 2004 dan menjadi Ketua Menteri Melaka sejak 1999. Mohd. Ali telah menemui Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka, Bukit Beruang pagi semalam. Ali Rustam berkata, beliau masih belum menerima keputusan rasmi daripada Lembaga Disiplin yang diumumkan pukul 4.15 petang semalam.

Justeru katanya, beliau perlu meneliti keputusan berkenaan terlebih dahulu dan hanya akan membuat kenyataan penuh esok. Mengulas lanjut, Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, beliau percaya Mohd. Ali, sebagai seorang anggota parti yang setia, akan menerima keputusan Lembaga Displin dengan hati terbuka dan akan terus memberi sumbangan pada perjuangan parti. "Ini keputusan Lembaga Displin. Kita hormati apa-apa keputusan mereka.”

Lembaga Disiplin telah melucutkan kelayakan bertanding Mohd Ali bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti. Dengan keputusan itu, persaingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden yang sebelum ini melibatkan tiga penjuru kini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Berhubung kemungkinan ada penyokong Mohd. Ali yang akan kecewa dan mengambil tindakan memprotes, Najib berkata, "saya fikir, bak kata pepatah... anda tidak boleh mendapatkan kek dan makan seperti yang anda mahu. Anda perlu buat keputusan."

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta semua jawatan mereka dalam kerajaan berikutan mereka didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan UMNO hujung Mac ini.

Apakah Lembaga Disiplin UMNO menjadi alat penggempur puak-puak tertentu? (sumber BERNAMA, Mstar Online dan lain-lain)

6 comments:

Unknown said...

Mungkinkah ada tangan-tangan ajaib di belakang Lembaga Disiplin UMNO yang membuat keputusan sehingga Ali Rustam terkeluar dari pertandingan?

Yang pastinya Ali Rustam bukan orang Najib. Ini boleh mengganggu tugas Najib sebagai PM kalau Ali Rustam yang menjadi timbalannya.

Anonymous said...

ini la orang PAS yang dungu.. jaga parti sendiri dah la.. dok sibuk parti orang apa hal ??

punya pasal kami la.. kami nak pilih sapa..

PAS parti tok lebai yg dok perasan bagus..

Anonymous said...

Itu kata Umno dungu. Kalau tak mahu orang komen, jamgan perintah Malaysia yang ada orang PAS di dalaamya. Tu sebaqb parti kamu jadi macam tu.

He he he..

Anonymous said...

macam tu orang PAS la kena keluar malaysia... kami majoriti.

hahahahhaha.. bodoh engkau nie.

Anonymous said...

UMNO tak dak pengundi, yang ada BN. Kalau berani UMNO bertanding atas tiket UMNO! Kalau ada pun UMNO minoriti, majiritinya bukan UMNO di Malaysia.

Hi...otak tak cerdik, elok keluar negara jadi pelarian.

Shahabudeen Jalil said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails