Sunday, May 18, 2014

Shila Amzah-Adam Rapat Sangat, Kini Hangat..








Gambar mesra Adam dan Shila di laman Instagram. Ooi, rapat sampai macam mana? Bagaimana hukum dalam Islam?



HALAMAN HIBURAN
KL: Nama penyanyi Shila Amzah ketika ini hangat diperkatakan kononnya dia sedang bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.

Shila, 24, dilaporkan telah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu.

Ia menarik perhatian peminat untuk mengetahui kesahihan sama ada mereka bercinta atau pun tidak.

Shila dan Adam dikatakan sedang berkawan rapat. 

Identiti lelaki berkenaan mula tersebar apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya. Sumber memberitahu, kedua-dua mereka berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu terutamanya semasa perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika wanita berkenaan pulang ke tanah air dari China.

Ingat, bagaimana hukum dalam Islam? Kami bukan menghukam tapi menyampaikan, walau 1 ayat. (IH)
 
Lihat lagi kisah-kisah artis..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Ini, Gurun Sahara.. Tapi Pernah Hijau. Mengapa?

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG
Gurun Sahara, padang pasir paling luas di dunia yang terbentang dari Lautan Atlantik ke Laut Merah seluas kira-kira 9 juta kilometer persegi ini, disebut sebagai wilayah paling kering di dunia.
 

Tapi tahukah anda, Gurun Sahara ternyata juga pernah hijau. Padang pasir ini pernah mengalami penghijauan yang subur pada zaman batu. Ditambah dengan hadirnya suku Kiffian yang suka bercucuk tanam
Namun sepeninggal Kiffian, Sahara menjadi daratan yang amat kering selama ribuan tahun. Difahami, Sahara mengalami perubahan iklim yang berubah sewaktu-waktu dengan cepat. Maka terungkaplah rahsia Yang Maha Agung. (IH) 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Ini, Calon DAP Teluk Intan Sudah Bertudung?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFlqc1pJVCeITwrr6yP2MGQHqbS6pPzOAphSXsvtA6VSNa23vxljSeWRwmCINnRM8jAKDZXvXfjvcr3I5KeZ475r-UHzJ9tprM3100lspWPhXY9yVVGS_YsxvKqrK-dRZsek90FCUnyY2w/s2560/1400345859932.jpeg
( sumber: http://kerabubersuara.blogspot.com/2014/05/calon-dap-teluk-intan-sudah-bertudung.)

Sah, Dyana Sofya (gambar atas bertudung dan gambar ditengah-tengah bawah) calon DAP di Teluk Intan. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. .(Sumber MK)

Wanita Ini Solat & Baca Al-Quran Atas Jejantas Kerana...


Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30 petang Sabtu.

"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun HS Lee.
"Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27, warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.

Difahamkan, gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tunggu laporan siasatan lanjut, lihat kesihatan, taraf pemikiran atau pengajian agamanya.. dan lain-lain.

Model Irina Shayk Bogel Bela Boko Haram..


Dukung selamatkan siswi diculik Boko Haram, Irina foto bugil
Model Irina Shayk sokong siswi Nigeria diculik Boko Haram . ©Huffington Post .

Sejumlah selebriti belakangan ini ikut menyokong kempen menuntut dikembalikan 276 siswi Nigeri diculik kumpulan militan Boko Haram bulan lalu. Para selebriti itu ikut berkempen di media sosial sambil memegang poster bertuliskan 'Kembalikan Gadis-gadis Kami.'

Model pakaian renang terkenal asal Rusia Irina Shayk pun ikut mengambil bahagian dalam kempen itu di akaun media sosial Instagramnya, seperti yang dilaporkan oleh laman Huffington Post, Khamis (15/5).

Perempuan 28 tahun itu memegang poster bertuliskan 'Kembalikan Gadis-gadisKami' sambil menutup dadanya 


Namun foto itu mendapat kecaman daripada pelbagai pengguna Instagram. Menurut mereka pose bogel dada itu sangat murahan dan tidak sesuai dengan kes penculikan.

"Cantik, tapi bogel dada mengalihkan perhatian daripada kes sebenarnya. Ini bukan tentang awak," kata salah satu pengguna Instagram. (IH)


Lihat sebelum ini..

Jangan Harapkan PBB Bebaskan Palestine – A/Hadi Awang

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, negara-negara umat Islam yang dibayangi oleh kuasa besar dunia masih terpengaruh dengan agenda barat untuk membebaskan Palestine.

Tegasnya, tanggungjawab untuk membebaskan Palestine khususnya Baitulmaqdis mestilah atas dasar nama Islam.

Umat Islam katanya, hendaklah mengelakkan diri daripada aspek perkauman, memecah belahkan umat dan mazhab serta kepentingan lain untuk menggagalkan pembebasan Palestine.

"Menjadi satu kesilapan besar apabila negara umat Islam beri kepercayaan kepada kuasa besar yang menganggotai PBB untuk selesaikan masalah Palestine,"katanya dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Pembebasan Masjid Al-Aqsa dan Golongan Tertindas anjuran Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Mapim.

Malangnya tegas Abdul Hadi, hingga kini seluruh negara umat Islam yang mencapai kemerdekaan masih terikat dengan penyelesaian yang dirangka oleh barat di mana bercanggah dengan kewajiban umat Islam mempertahankan bumi Palestine.


"Kita menerima penyelesaian Palestine dengan mewujudkan dua negara iaitu Palestine dan Israel.

"Kita serah bumi Palestine kepada Israel! Apakah perkara ini diizinkan Islam? Palestine adalah bumi Anbia iaitu kiblat untuk Umat Islam,"katanya dihadapan lebih 200 peserta persidangan yang terdiri daripada Ngo Islam negeri dan antarabangsa.

Justeru, beliau menegaskan mereka yang berhak ke atas Palestine adalah Islam kerana di situ adalah tempat yang menjadi pilihan para Nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW.

"Hubungan kita dengan Palestine khususnya isu Baitulmaqdis adalah hubungan sangat erat. Berkait dengan kepercayaan dan agama kita yang tidak boleh mengizinkan bumi Palestine diserah begitu mudah.

"Kita jangan lupa sejarah penubuhan negara Isarel yang haram menyebabkan kuasa-kuasa dunia timur barat termasuk Amerika terlibat dalam tertubuhnya Isarel pada 1948," katanya. (HD)

Natasha Liana Hudson: Selepas Berhijrah, Semakin Tenang.

Sambung belajar jurusan islamik

HALAMAN HIBURAN

NATASYA Liana Hudson, bekas pelakon filem, yang melakukan penghijrahan dalam diri sejak 2012. Beliau semakin tenang menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Carleed Khaza (Khalid Kamal) dan ibu kepada Neesa Helena dan Naeema Kalila.

Ramai artis yang takut berhijrah kerana bimbangkan teputus rezeki. Kerana Allah SWT menjamin rezeki sesaorang, belum ada yang mati kelaparan di bumi Malaysia ini. Tiba-riba sudah rezekinya, tanpa sebarang desas desus, Natasha diperkenalkan sebagai duta terbaru produk AuraWhite yang berlangsung awal Mei lalu. Justeru ini membuka satu lagi lembaran baru buatnya selain terbabit mengusahakan bisnes sendiri. Paling penting matlamatnya untuk mencari keberkatan Allah SWT tidak pernah dipinggirkan.
"Alhamdulillah sememangnya ini rezeki saya. Saya terima e-mel mengenai tawaran ini dan ingatkan hanya diminta jadi model biasa. Rupa-rupanya saya diambil sebagai duta untuk produk ini. Saya juga kini terbabit sebagai duta Mary Chia Slimming Centre dan Kubiq Kitchen.

“Tak dinafikan saya sangat sibuk dengan tanggungjawab ini. Selain itu, saya juga aktif mengusahakan bisnes busana sendiri iaitu Dreamcloud by Natasha Hudson yang dijual secara atas talian di Fashionvalet.com. Saya juga memiliki ‘concept store’ Muslimah dinamakan ‘Modvier’ bertempat di Jalan Riong, Bangsar.

“Tidak terhenti setakat ini, saya juga sibuk dengan penulisan blog sendiri iaitu www.natashahudson.tumblr dan menghadirkan diri ke pelancaran atas produk ‘review’ yang dilantik oleh beberapa PR agensi tertentu bagi menjalankan tugas saya,” katanya.

Alhamdulillah. Jazakillahu khairan kathira  (Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak)!
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails