Monday, August 15, 2011

Ke Mana Arah Politik Akhil Hayy?

HALAMAN HIBURAN
Akhil Hayy

Akhil Hayy Elak Isu Politik

PERHIMPUNAN haram Bersih pada 9 Julai lalu meninggalkan kesan kepada ramai pihak terutama mereka yang tinggal di ibu kota apabila beberapa jalan utama ditutup. Para peniaga juga turut menerima kesan kerana tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Bagi Akhil Hayy, pengacara Cafe Akhil Hayy dan Cubaan di Astro Oasis ini, setiap perkara yang berlaku berkaitan dengan politik sukar untuk dinyatakan kebenarannya. Biarpun begitu, dia mengambil pendekatan selamat apabila enggan memberikan komen lanjut berkaitan hal politik.

"Sebolehnya saya mahu mengelak daripada memberikan komen berhubung apa saja yang berkaitan dengan isu politik. Pada saya, Malaysia merupakan negara demokrasi dan paling penting semua rakyat inginkan keamanan.

"Saya pasti ada caranya untuk mendapatkan keamanan itu. Jadi, saya tidak boleh berkata salah atau betul tentang tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai keamanan.

"Mungkin keamanan boleh tercapai apabila kita duduk berbincang bersama-sama dan menyatakan tuntutan masing-masing. Walau apa pun berlaku, semua agama mengajar kita untuk mencari perdamaian.

"Tetapi jika ia dilakukan tanpa mengikut syariat Allah, bagaimana kita mahu mendapatkan keredaan dan pengampunan Allah," ujarnya sambil bersulam dengan nasihat.

Melarikan sedikit dunia politik kepada hiburan, pendakwah bebas dan penyanyi nasyid ini masih berada di paksi kehidupan sebenar. Mana tidaknya, dia berasal daripada kumpulan muzik rock suatu ketika dahulu. Kini, imejnya sudah bertukar wajah, namun tidak bermakna Akhil atau kadangkala digelar 'ustaz rock' ini akan mengubah minatnya yang mendalam dalam bidang muzik.

Lagu-lagu yang diketengahkan lebih bercorak kepada kerohanian dan ketuhanan. Terbaru, dia baru menghasilkan lagu berjudul Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang dicipta sendiri dengan bantuan isterinya, Waheeda.

"Selain menyanyi, saya juga menganjurkan kursus tarbiah jiwa yang terbuka kepada rakan-rakan selebriti yang berhijrah sejak dua bulan lalu di sebuah rumah kenalan saya di Shah Alam, Selangor.

"Saya memikirkan idea seperti ini setelah mendapati sesetengah selebriti yang tidak selesa dengan perhatian yang diberikan apabila menyertai sesebuah acara dan kelas agama," tambahnya lagi.

Di samping itu, dia mempunyai syarikat Akhil Network yang mengendalikan program mengerjakan umrah dan merancang untuk melaksanakan program itu pada Februari, Jun dan Ogos tahun depan. Para peminat Akhil juga boleh menontonnya menerusi program Cubaan yang disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam.

Artikel dipetik daripada sisipan OopStarz! dalam Mingguan mStar keluaran 14 Ogos 2011 yang diedarkan bersama akhbar Sunday Star di sekitar Lembah Klang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya, 'elak isu politik' itulah politik Akhil Hayy. Kita boleh agak ke mana arah politiknya? (IH)

E-Buku IH-44: Perjalanan Ke Tanah Batak


Bab 1
Bab II
Bab III
Bab IV

Sunday, August 14, 2011

Baca Quran: Ambil Kira Sensitifiti Masyarakat -N/Aziz


KOTA BARU, 14 Ogos 11: Islam menghormati orang bukan Islam. Mungkin kerana itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya. Terutamanya masyarakat bukan Islam.

Andaian ini dibuat apabila Mursyidul Am PAS (gambar) itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, dipetik Bernama Online, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat.

“Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit,” katanyaselepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu. (IH)

1 Ramadan Mula Penyerbuan Teroris Ke T/Batak.

Masa kIni mangase Taon(Tahun Baru Batak)
CATATAN PERJALANAN: Menyusuri 150 Tahun Kristian Masuk Tanah Batak (siri 7)
Bendera Raja Sisingamangaraja
APA siasah politik Pongkinangolngolan selanjutnya setelah dilantik oleh Tuanku Nan Renceh menjadi perwira tentera Paderi dan diberi gelar Tuanku Rao? Pada 1 Ramadhan 1231 H (tahun 1816 M), beliau mula menyerbu dan membebaskan Tanah Batak. Dimulai dengan penyerbuan terhadap benteng Muarasipongi. Benteng yang dipertahankan oleh Marga Lubis.

5,000 orang dari pasukan berkuda ditambah 6,000 infanteri telah meluluhlantakkan benteng Muarasipongi, dan seluruh penduduknya dibantai tanpa menyisakan seorangpun. Strategi kekejaman ini sengaja dilakukan dan disebarluaskan. Bertujuan untuk menebarkan teror dan rasa takut agar memudahkan penaklukkan. Setelah itu, satu persatu wilayah Mandailing ditaklukkan oleh pasukan Paderi, yang dipimpin oleh Tuanku Rao dan Tuanku Lelo.

Mereka adalah putera-putera Batak sendiri. Selain kedua nama ini, ada sejumlah orang Batak yang telah masuk Islam, ikut pasukan Paderi menyerang Tanah Batak seperti Tuanku Tambusai (Harahap), Tuanku Sorik Marapin (Nasution), Tuanku Mandailing (Lubis), Tuanku Asahan (Mansur Marpaung), Tuanku Kotapinang (Alamsyah Dasopang), Tuanku Daulat (Harahap), Tuanku Patuan Soripada (Siregar), Tuanku Saman (Hutagalung), Tuanku Ali Sakti (Jatengger Siregar), Tuanku Junjungan (Tahir Daulay) dan Tuanku Marajo (Harahap).

Penyerbuan balas dendam terhadap Singamangaraja X di Benteng Bakkara, dilaksanakan tahun 1819. Orang-orang Siregar Salak dari Sipirok dipimpin oleh Jatengger Siregar ikut dalam pasukan penyerang, guna memenuhi sumpah Togar Natigor Siregar dan membalas dendam kepada keturunan Raja Oloan Sorba Dibanua, iaitu Singamangaraja X. Jatengger Siregar mencabar Singamangaraja untuk melakukan perang tanding. Walaupun sudah berusia lanjut, namun Singamangaraja X tidak gentar dan menerima cabaran Jatengger Siregar yang masih muda.

Duel dilakukan dengan menggunakan pedang di atas kuda. Duel yang tidak seimbang berlangsung tidak lama. Singamangaraja X kalah dan kepalanya dipenggal oleh pedang Jatengger Siregar. Terpenuhi sudah dendam yang tersimpan selama 26 generasi. Kepala Singamangaraja X ditusukkan ke ujung satu tombak dan ditancapkan ke tanah. Orang-orang marga Siregar masih belum puas dan mencabar putera-putera Singamangaraja X untuk perang tanding.

Sebelas (11) putera-putera Singamangaraja memenuhi cabaran ini, dan hasilnya adalah 7–4, kemenangan bagi putera-putera Singamangaraja X itu. Walaupun begitu (putera Singamangaraja menang 7 kalah 4), penyerbuan terhadap Benteng Bakkara terus dilanjutkan, dan sebagaimana di tempat-tempat lain, tidak tersisa seorangpun dari penduduk Bakkara. Termasuk semua perempuan, juga tewas dalam pertempuran.

Tetapi, penyerbuan pasukan Paderi terhenti tahun 1820, kerana berjangkitnya penyakit kolera dan epidemi penyakit pes. Dari 150,000 orang tentera Paderi yang memasuki Tanah Batak tahun 1818, hanya tersisa sekitar 30,000 orang dua tahun kemudian. Sebahagian besarnya bukan tewas di medan petempuran, melainkan mati kerana berbagai penyakit. Untuk menyelamatkan sisa pasukannya, pada tahun 1820 Tuanku Rao bermaksud menarik mundur seluruh pasukannya dari Tanah Batak Utara.

Maka rencana pengIslaman seluruh Tanah Batak tidak dapat diteruskan. Namun Tuanku Imam Bonjol memerintahkan agar Tuanku Rao bersama pasukannya tetap di Tanah Batak, untuk menghadang masuknya tentera Belanda. Ketika keadaan bertambah parah, akhirnya Tuanku Rao membantah arahan Tuanku Imam Bonjol, dan memerintahkan sisa pasukannya keluar dari Tanah Batak Utara dan kembali ke Selatan.

Akhirnya, pada tahun 1820, enam dari panglima pasukan Paderi asal Batak, iaitu Tuanku Mandailing, Tuanku Asahan, Tuanku Kotapinang, Tuanku Daulat, Tuanku Ali Sakti dan Tuanku Junjungan, memberontak terhadap penindasan asing dari Bonjol atau Minangkabau. Sehingga ada yang menanggalkan gelar Tuanku yang dipandang sebagai gelar Minangkabau. Bahkan Jatengger Siregar hanya menyandang gelar tersebut selama tiga hari sahaja.

Mereka sangat marah atas perilaku pasukan Paderi yang merompak dan menguras Tanah Batak yang telah ditaklukkan. Namun hanya kerana ingin balas dendam kepada Singamangaraja, Jatengger Siregar menahan diri sampai terlaksananya sumpah Togar Natigor Siregar dan ia behasil membunuh Singamangaraja X.

Mansur Marpaung (Tuanku Asahan) dan Alamsyah Dasopang (Tuanku Kotapinang) dengan tegas menyatakan tidak mahu tunduk lagi kepada Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Nan Renceh. Kemudian mereka mendirikan kesultanan/kerajaan sendiri. Marpaung mendirikan Kesultanan Asahan dan mengangkat dirinya menjadi sultan, sedangkan Dasopang mendirikan Kerajaan Kotapinang, dan ia menjadi raja.

Tuanku Rao tewas dalam pertempuran di Air Bangis pada 5 September 1821, sedangkan Tuanku Lelo (Idris Nasution) tewas dipenggal kepalanya dan kemudian tubuhnya dicincang oleh Halimah Rangkuti, salah satu tawanan yang dijadikan selirnya.
Pasca Perang Padri

Kesimpulan:
Sebagaimana seluruh wilayah di Asia Tenggara lainnya, sebelum masuknya agama Islam, agama yang dianut masyarakat di Sumatera Barat juga agama Buddha dan Hindu. Sisa-sisa budaya Hindu yang masih ada misalnya sistem matrilineal (garis ibu), mirip dengan yang terdapat di India hingga sekarang. Masuknya agama Islam ke Sumatera Utara dan Timur, juga awalnya dibawa oleh pedagang-pedagang dari Gujarat dan Cina.

Setelah kembalinya beberapa tokoh Islam dari Mazhab Hambali yang ingin menerapkan alirannya di Sumatera Barat, timbul pertentangan antara kaum adat dan kaum ulama, melibatkan konflik bersenjata. Kerana tidak kuat melawan kaum ulama (Paderi), kaum adat meminta bantuan Belanda, yang tentu disambut dengan gembira. Maka pecahlah Perang Paderi yang berlangsung dari tahun 1816 sampai 1833.

Perang Paderi (Ada yang berpendapat kata ini berasal dari Pidari di Sumatera Barat, dan ada yang berpendapat kata Paderi berasal dari kata Padre, bahasa Portugis, yang artinya pendeta, dalam hal ini adalah ulama) di Sumatera Barat berawal dari pertentangan antara kaum adat dengan kaum ulama seperti disebutkan.

Selama berlangsungnya Perang Paderi, pasukan kaum Paderi bukan hanya berperang melawan kaum adat dan Belanda, melainkan juga menyerang Tanah Batak Selatan, Mandailing, tahun 1816 - 1820 dan kemudian mengIslamkan Tanah Batak selatan dengan kekerasan senjata, bahkan di beberapa tempat dengan tindakan yang sangat kejam. Teroriskah mereka?

Antara sumber rujukan ialah:
Buku “Pongkinangolngolan Sinambela gelar Tuanku Rao, Terror Agama Islam Mazhab Hambali di Tanah Batak”,
oleh Mangaradja Onggang Parlindungan Siregar, Penerbit Tanjung Pengharapan, Jakarta, 1964. Dan beberapa lagi, termasuk temuramah beberapa individu tertentu.

Maka, kembalilah kita kepada Kerukunan Umat Beragma sempena menyambut acara memperingati 150 tahun kemasukan Kristian ke Tanah Batak, Indonesia.

Insya Allah, catatan perjalanan ini diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

11 Ogos 11
Parapat, Toba.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Lihat sebelum ini..

Kepala Dipenggal, Gambar Trend Baru Internet.


ILUSI fotografi horsemaning menunjukkan seorang lelaki dan kepalanya sedang duduk di sofa.

NEW YORK, Amerika Syarikat AS – Selepas seni meniarap seperti papan, planking, popular di internet, alam siber itu kini hangat dengan trend fotografi terbaharu dinamakan horsemaning, lapor sebuah akhbar semalam.

Konsep fotografi itu menyerupai gambar bersejarah pada tahun 1920-an apabila beberapa individu menyamar seperti kepala mereka telah dipenggal. Kini, orang ramai berlumba-lumba menyiarkan gambar mereka melakukan aksi serupa di Internet dengan menggunakan pelbagai latar.

Antara aksi yang cukup popular ialah seorang lelaki sedang bersandar di sofa sambil tangannya diletakkan di atas kepala yang berada di sebelahnya. Ilusi itu dihasilkan dengan individu tersebut menyembunyikan seluruh badan daripada kamera kecuali mukanya. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa baik-buruknya ke atas masyarakat atau warga internet? Bolehkah diperbetulkan kecenderungan itu ke arah pembangunan insan? (IH)

Suara Balik Tabir Upin -Ipin, Tak Mahu Jadi Pelakon

Asyiela Putri serasi bersama Upin & Ipin
HALAMAN HIBURAN
Mungkin tidak ramai yang tahu, di sebalik suara unik animasi popular Upin & Ipin, tersembunyi wajah si cilik, Asyiela Putri Azhar, 9, yang cukup sinonim dengan karakter itu.

Dengan tagline betul...betul...betul, ia mencetus fenomena tersendiri, bukan sahaja di negara ini, bahkan di negara jiran seperti, Brunei, Singapura dan Indonesia. Biarpun berjaya mencipta fenomena dan mendapat tempat tertinggi dalam senarai kartun animasi, Asyiela lebih selesa bergerak di sebalik tabir.

Menurut Asyiela, walaupun dia dikenali melalui siri kartun ini, dia tidak pernah mengimpikan untuk menjadi pelakon popular suatu hari nanti.

“Cita-cita saya nak jadi arkitek dan jurugambar. Saya tak mahu jadi pelakon sebab kalau jadi pelakon, kena berani. Tapi, saya pemalu.

“Saya lebih selesa bersama Upin & Ipin dan bekerja di belakang tabir. Untuk menjadi pelakon, saya rasa buat masa ini, saya masih tidak ke arah itu. Lagipun, saya masih kecil dan saya perlu lakukan banyak perkara,” katanya yang kini telah merakamkan album raya berjudul Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin.

Menurutnya, minat menjadi jurugambar, datang setelah bergaul dengan krew syarikat produksi Les Copaque.

“Mereka mengajar saya bagaimana cara untuk menggunakan kamera dan mengambil gambar yang cantik.

“Selepas itu, ayah menghadiahkan saya kamera Nikon D90 apabila saya suarakan minat dalam bidang fotografi,” katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya, Presint 9 (2).(IH)

Lelaki Tertinggi Di Dunia Jadi Tamu K'tan

Lelaki tertinggi di dunia berasal dari Punjab Pakistan, Ijaz Ahmed
KOTA BHARU, 14 Ogos 11: Lelaki tertinggi di dunia berasal dari Punjab Pakistan, Ijaz Ahmed, 28, menjadi tetamu Himpunan Remaja dan Majlis Makan Colek di Qaryah Ramadan, kelmarin.

Beliau berada di negeri ini selama dua hari sebagai tetamu dan juga untuk memohon sumbangan derma orang ramai bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai rawatan kakinya akibat kemalangan dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dab Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ijaz yang mempunyai ketinggian 8 kaki 4 inci itu telah mengalami kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

"Akibatnya, Ijaz mengalami masaalah kaki dan ianya perlu dirawat," ujarnya.

Menurutnya, sebagai seorang anak yang berada dalam lingkungan keluarga miskin, beliau tidak mampu menanggung kos yang tinggi untuk merawat kakinya itu. Sementara itu, orang ramai turut diraikan dengan jamuan colek sempena majlis penyampaian hadiah pameran auto show, petang kelmarin.

Turut berucap pada majlis itu Penolong Pengarah Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Mohd Nasir Mat Soh. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails