Wednesday, March 23, 2011

Terbongkar Sudah, Ini Dia Datuk T, Ialah.....

Ini dia Datuk T, atau Datuk Shazryl Eskay

KL, 23 Mac 11: Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul mendedahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay sebagai lelaki misteri “Datuk T” dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai antara mereka di belakang pendedahan rakaman video seks, kelmarin.

Johari juga mendakwa kedua-dua mereka cuba memujuk beliau dan ahli-ahli Parlimen PKR yang lain agar keluar dari parti itu selepas menonton rakaman itu. PKR sudah pun berhadapan dengan nasib kehilangan enam ahli Parlimen sejak awal tahun lalu.

Lelaki dalam video tersebut didakwa sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Ketua Pembangkang itu telah pun menafikan dan membuat laporan polis semalam. Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau dibawa oleh seorang pak cik ke Hotel Flamingo dekat Ampang petang kelmarin, beberapa jam selepas pemberita menonton rakaman video yang sama dan bertemu dengan “Datuk T”.

Pada sidang media yang diadakan di sini, Johari berkata sesi menonton klip video itu di Carcosa Seri Negara telah diaturkan oleh pegawai khas Abdul Rahim. Di Hotel Flamingo, Johari berkata, beliau dibawa ke sebuah bilik di mana bertemu dengan Shazryl dan Abdul Rahim. Selepas menonton rakaman itu, katanya, beliau telah diminta oleh Abdul Rahim agar mengaturkan sesi tontonan bagi ahli-ahli Parlimen PKR yang lain.

Johari berkata, beliau dimaklumkan oleh Shazryl bahawa beliaulah karakter utama di sebalik pendedahan rakaman video seks itu. Dalam pada itu, dakwaan yang sama disiarkan oleh satu blog tetapi menamakan beberapa pemimpin lain termasuk dari Perkasa. Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menafikan pihaknya terlibat dalam pendedahan itu.

“Itu tak betul, Perkasa juga tidak terlibat,” katanya merujuk kepada tulisan blog tersebut.

Baru-baru ini, nama Shazryl menjadi perhatian ekoran kes samannya berhubung bayaran RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura atau lebih dikenali sebagai “jambatan bengkok”. Dalam pendedahan secara soal jawab, penulis blog terbabit mendakwa “Datuk T” yang menayangkan video seks itu kepada media adalah Shazryl dan individu yang menempah bilik untuk tayangan di Carcosa Seri Negara adalah Rahim.

Rahim yang dihubungi The Malaysian Insider berkata akan mengadakan sidang media di ibu negara petang ini. Kelmarin, “Datuk T” telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara.(IH)

Lihat sebelum ini..

P/Raya N/Sarawak 16 Apr. Penamaan Calon 6 Apr


KUCHING, 23 Mac 11: Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Penamaan calon akan berlangsung pada 6 April

Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menawarkan sebanyak 71 kerusi dibubarkan kelmarin. Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006. Writ pilihan raya dikeluarkan hari ini manakala notis pilihan raya pula Jumaat ini.

Tarikh-tarikh pilihan raya diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof susulan mesyuarat khas di sini hari ini. Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 24,379 petugas SPR akan ditugaskan membabitkan 1,749 pusat mengundi dan 2,561 saluran pengundian, kata beliau.

Setakat suku keempat 2010, seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Daripada jumlah itu, 961, 433 adalah pengundi biasa manakala 18,363 pengundi pos.

Berdasarkan kedudukan semasa, Barisan Nasional (BN) Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang — DAP menguasai enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi. (IH)

'Miss Universe' Kepala Bapak!! Patut Dihukum Pun.

HALAMAN HIBURAN

KL 23 Mac 11: 'Miss Universe kepala bapak!!' Kata seorang Pakistan penjual karpet kepada Weblog Ibnu Hasyim, sewaktu di temui di sekitar Ampang Point, pagi tadi, bila diberitau mengenai finalis Muslim 'Miss Universe'' terima ancaman.

"Islam adalah tentang kedamaian. Mengancam saya adalah salah dalam Islam," kata Shanna Bukhari hari ini. Shanna Bukhari, finalis 'Miss Universe' England yang berharap dapat mewakili negara itu ke pertandingan ratu cantik global. Dia mengaku mendapat kiriman e-mail bernada kebencian. Ia juga menerima pesan-pesan ancaman mengerikan. Semua itu hanya kerana satu hal, Shanna adalah gadis muslim.

Dalam banyak-banyak pesan yang diterimanya, Shanna dicap sebagai 'pendosa'. Ia pun kini menyewa pengawal pribadi untuk menjamin keamanan dirinya. Shanna tidak pernah lagi bepergian seorang diri. “Memang tak sedap, tapi saya perlu bijaksana,” katanya kepada The Sun.

Apapun, situasi tak senang itu perlu diterima, tegas Shanna. Ia akan terus melanjutkan mimpinya menjadi gadis muslim pertama yang mewakili England di 'Miss Universe'. Namun gadis berusia 25 tahun itu bersumpah akan pergi ke balai polis bila menerima ancaman lagi. Apalagi, ancaman itu menjadi lebih serius kerana dikirim juga ke teman-teman yang menyiokong Shanna.

“Ancaman itu agak mengganggu dan cukup menakutkan. Memang bukan ancaman yang ditujukan langsung kepada saya, tetapi tetap menakutkan.” katanya. Hidup dirasa Shanna begitu berubah sejak Ogos 2010 lalu, ketika ia diumumkan menjadi satu di antara 60 gadis yang lulus dan akan bertarung merebutkan mahkota 'Miss England' di Birmingham.

Shanna menjadi berita utama di India dan Pakistan. Mereka terkejut melihat gadis dengan latar belakang Asia berjaya menjadi kontestan pertandingan ratu canti di England. Mereka lebih terkejut lagi kerana Shanna menyandang predikat sebagai muslim. Shanna sedar fakta bahawa ia muslim dan jadi pusat perhatian.

“Orang lain membawa-bawa soal agama. Tetapi saya tidak melabel diri saya sendiri. Saya hanya ingin mewakili semua gadis muda, apapun latar belakang etnik dan agama yang mereka miliki." Menjadi selebriti dalam semalam membuat Shanna kena belajar beradaptasi dengan cepat.

Ia menerima 300 pesan per hari di facebook dari seluruh dunia. “Hanya satu persen yang berisi pesan negatif, termasuk ancaman dan kebencian. Bakinya baik, saya mendapat sokongan dari penduduk di negara lain, sebahagian besar di India dan Pakistan,” ujar anak keenam dari tujuh bersaudara itu.

Sarjana Sastera Inggeris itu sendiri memiliki akar dengan Pakistan, kerana keluarganya berasal dari Islamabad. Sampai kini, Shanna masih merasakan ikatan kuat dengan Pakistan. Ia mengunjungi negeri itu setiap dua atau tiga bulan sekali. Tetapi ia mengatakan, rumahnya yang sebenarnya adalah England, tempat ia dilahirkan. Shanna lahir di Blackburn dan dibesarkan di Manchester.

Mengenai ancaman yang diterima, katanya, “Islam adalah kedamaian. Mengancam saya adalah salah dalam Islam. England terdiri dari masyarakat multi kultural. Saya tidak menghakimi siapapun, maka tidak ada orang yang punya hak untuk menghakimi saya. Kita hidup dengan cara kita masing-masing, dan England bukan negara muslim."

Penjual karpet itu memberi komen lagi, "Cilaka punya orang. Dia (Shanna) ingat ini agama boleh main-main, ikut suka hati. Lawan jamaah? Jatuhkan maruah Islam! Ia memang patut dhukum!! Marauh agama lebih bernilai dari dia di negara mana pun!" ((IH)

Lihat sebelum ini..

Siapa Datuk T, Menurut Ummi Hafilda & AMK

Datuk T? Tidak.. Ini isteri Datuk K

KL, 23 Mac 11: Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.

“Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi,” kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, “Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini,” katanya dipetik Berita Harian.

Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakaman yang didedahkan di ibu negara kelmarin adalah salah satu daripadanya. “Saya tidak pasti sama ada video yang didedahkan adalah salah satu daripadanya, tetapi dalam pengetahuan saya terdapat sekurang-kurangnya 18 lagi rakaman video seperti itu disimpan oleh seseorang,” katanya pada sidang media di Alor Setar semalam.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya tetapi berharap akan didedahkan selepas ini untuk dinilai oleh rakyat. “Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan,” kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

Pertengahan Januari lalu, Ummi Hafilda yang juga adik kandung Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, dia bertekad mahu berkempen secara aktif untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 mengelakkan tsunami politik 2008 berulang.

Sementara itu semala, Pemuda PKR Permatang Pauh mendesak polis agar menyiasat dalang di belakang seorang lelaki, yang memperkenalkan dirinya “Datuk T”, yang telah mempertontonkan video seks kepada media kelmarin kononnya ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Naib Ketua I Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Mohd Shukri Abd Hamid berkata, selain menyiasat siapa Datuk T, pihaknya mahu polis melakukan siasatan dalang dalam pendedahan video aksi seks itu memandangkan dia berani menayangkan video itu secara terbuka di Carcosa Seri Negara.

“Persoalan utama di sini ialah siapa Datuk T yang begitu berani menganjurkan tayangan perdana filem lucah di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara tanpa mendapat halangan pihak berkuasa?” soalnya.

Jelas beliau, tayangan video anjuran Datuk T itu seolah-olah “direstui” kerana pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang permit atau bantahan terhadap tindakan itu.

“Tindakan Datuk T menganjurkan tayangan perdana filem lucah itu seolah-olah direstui atau diberikan permit khas oleh pihak berkuasa kerana kita melihat tiada sebarang sekatan atau halangan yang dikenakan terhadap tayangan itu.

“Adalah mustahil untuk mengatakan pihak berkuasa tidak tahu-menahu akan tayangan perdana filem lucah itu kerana menterinya sendiri iaitu Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) telah mengeluarkan kenyataan mengatakan sesiapa yang berasa teraniaya dengan tayangan filem lucah itu boleh membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihak polis seperti memejamkan mata dalam perkara itu kerana badan penguatkuasaan itu gagal untuk mengesan tayangan video aksi seks tersebut.

“Tetapi perlu kita ketahui tugas polis adalah menguatkuasakan undang-undang negara. Namun dengan membiarkan Datuk T menganjurkan tayangan perdana filem lucah itu, seolah-olah mereka memejam mata terhadap satu jenayah yang sedang berlaku.

“Mungkin dalam hal ini pihak berkuasa kita telah dikilas tangannya oleh pihak yang lebih berkuasa,” katanya.

Mohd Shukri turut mempersoalkan tindakan Datuk T yang tidak menyerahkan video aksi seks tersebut kepada polis sebaliknya menayangkan kepada media dengan tujuan untuk mengaibkan indivitu tertentu.

“Agak janggal juga apabila Datuk T tidak melaporkan kepada pihak berkuasa akan penemuan rakaman video aksi seks pemimpin utama pembangkang itu kepada pihak berkuasa, tetapi menayangkan kepada media.

“Tujuannya jelas iaitu hanya mahu mengaibkan pemimpin utama pembangkang dan keluarganya semata-mata,” katanya. (IH)

Lihat sebelum ini..

Lelaki Misteri Datuk T, Berani Langgar Seksyen 5(1)... Siapa?

NONE

KL 23 Mac 11: Selepas 24 jam mencetuskan kontroversi kerana menayangkan kepada sekumpulan wartawan satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sini kelmarin, identiti Datuk T, iaitu orang yang mendakwa memiliki rakaman itu, terus kekal misteri.

Datuk T sehingga malam tadi masih menjadi tanda tanya bukan saja dalam kalangan orang ramai malah polis. Satu sumber memberitahu, jika kelmarin kontroversi tersebut lebih kepada aksi lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang namun semalam situasi itu berubah apabila ramai tertanya-tanya siapakah Datuk T.

Lebih menarik perhatian, apakah hubungan Datuk T dengan pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video yang dimiliki Datuk T. Maklumat yang diketahui mengenai Datuk T setakat ini ialah dia merupakan seorang lelaki Melayu berusia awal 50-an.

Ketika muncul di Hotel Carcosa Seri Negara di sini kelmarin, Datuk T menunjukkan perwatakan serius dan mengambil sikap berahsia sepanjang tayangan video dijalankan. Selesai tayangan, Datuk T dikatakan tidak bercakap kecuali mengedarkan sehelai kertas bersaiz A4 yang mempunyai butiran lanjut mengenai rakaman itu sebagai rujukan kepada kumpulan wartawan yang hadir. Pada bahagian bawah kenyataan itu tertera nama 'The Insider'.

Anehnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil membela dan mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam. Polis pun tidak berani bertindak, walaupun dia enggan menyerahkan video itu kepada polis?

Sedangkan, 'Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah', kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal. Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. (IH)

Lihat sebelum ini..

Tuesday, March 22, 2011

Komen Ke Atas Komen, Buku Dr Mujahid Tersasar?

Pelancaran buku 'Menerjang Badai oleh MB Kedah..

KL 22 Mac 11: .Dua tulisan ini menjawab 'Buku Dr Mujahid Jauh Tersasar -Exco DPPP'. Lihat komen-komen sekali. Kita tunggu penjelasan dari pihak buku 'Menerjang Badai' pula...

Komen Pertama:

Nak Tahu Kenapa Pas Merudum ???

Dr Mujahid cuba membawa pemikiran bagaimana menyediakan Pas untuk semua orang. Ust. Ridhwan Mohd Nor dan mereka yang seumpama dengannya pula mahu mengekalkan Pas hanya untuk ahli Pas, dan mereka tidak membawa apa-apa pemikiranpun, hanya ulang cetak dan ulang tayang benda yang telah dihidangkan sejak dulu saja. Kehebatan Ust. Ridhwan menghafal sejarah memang tak dapat dinafikan. Sambil pejam mata saja (dia selalu buat begitu bila mengeluarkan fakta-fakta sejarah) Ust akan menghamburkan semua peristiwa-peristiwa yang tercatit dalam sejarah.

Walau bagaimanapun keupayaan menghafal semua benda tidak bermakna mampu merungkaikan masalah besar masyarakat dan juga organisasi. Tidak bermakna mereka yang pakar dalam sejarah mesti juga bijak sebagai seorang ahli fikir dan mampu mengeluarkan idea-idea yang hebat.

Maka gesaan Dr Mujahid agar Pas hentikan dakyah meracun para ahlinya dari salah faham perlu dilakukan dengan kadar segera. Para ahli Pas perlu segera di sedarkan bahawa keupayaan seseorang ulama itu menghafal segala hukum, segala hadith, segala kitab dan lain-lain bukan bermakna dia juga seorang pemimpin yang berinovasi, bukan bermakna dia mampu melihat dan membaca pergerakan masyarakat dengan hebat, bukan bermakna dia mampu menjadi ahli politik yang hebat.

Jika keupayaan menghafal menjadi ukuran, maka sudah tentu VCD atau Tumbdrive lebih hebat dari ramai manusia, benda itu boleh dimuatkan dengan berjuta-juta maklumat. Jika kita ulang dan ulang teknik yang sama dengan harapan untuk mendapatkan hasil yang berbeza, fikiran kita sebenarnya tidak waras.

Kemen Kedua: Baca laporan di bawah ini:

Buku ' Menerjang Badai ' tulisan Ust. Ridhwan Mohd Nor difensif , tidak menjawab persoalan

Buku ‘Menerjang Badai’ yang diforumkan di Kelantan dilihat seakan difensif ketika menjawab beberapa persoalan mengenai buku kontroversi Dr Mujahid Yusof Rawa, iaitu ‘Menuju PAS Baru’.

Wakil Jabatan Urusetia Penerangan PAS Kelantan memberitahu, Ustaz Ridhwan Mohd Nor dilaporkan langsung tidak menjawab soalan moderator mengenai ‘Teori Lekuk’ yang dikemukakan oleh Dr Mujahid.

sambung baca katsini.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?

Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan?

Bakal Perdana Menteri Malaysia.. dari Pakatan?

KL, 22 Mac 11: Weblog Ibnu Hasyim mencadangkan Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan yang akan memerintah Malaysia. Hal ini dicadangkan akibat kesan dari kemunculan video seks baru mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat seks di sebuah hotel dilihat akan menyuramkan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Malah diramal merumitkan lagi kempen pilihan raya mereka di Sarawak dan usaha memulihkan populariti yang makin merosot. Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan pertengahan bulan depan selepas ia dibubarkan semalam. Rakaman video itu, yang didakwa dirakam 21 Februari lalu, juga didedahkan semalam.

Penganalis politik berpendapat sementara dakwaan itu belum dibuktikan benar manakala kesahihan pula masih samar-samar, pendedahan rakaman video berkenaan dalam dunia siber sudah pasti akan mencacatkan imej Anwar. Malah perkembangan itu akan meletakkan perikatan tersebut kekurangan calon perdana menteri.

“Ia kemungkinan menjejaskan fokus Pakatan, jika kepimpinan (perikatan itu) tidak berfokus... ia akan memberi kesan ke atas keberkesanan persediaan Pakatan menghadapi pilihan raya negeri. Daripada menghadapi isu-isu kempen pilihan raya, mereka akan dipaksa mengatasi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal peribadi,” kata penganalisis bebas Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata persepsi orang ramai terhadap imej Anwar sebagai pemimpin bergantung sama ada video seks akan didedahkan kepada umum. Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa Anwar berhadapan dengan situasi rugi dalam apa jua kemungkinan kelak.

“Dalam banyak keadaan, ia adalah situasi rugi bagi (Anwar). Jika publik akses kepada (rakaman video), dan jika mereka dipujuk bahawa beliau adalah lelaki (dalam rakaman), ia sesuatu yang malang bagi diri beliau.

“Jika mereka tidak percaya yang dia (lelaki itu) bukan beliau, peluang bagi Anwar keluar (daripada isu) ini tanpa sebarang kesan buruk sangat kecil,” kata Ibrahim.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan keputusannya selepas pendakwa selesai membentangkan kes mereka akan diketahui esok. “Kadangkala terlalu banyak serangan juga tidak baik,” kata Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar. Malah, Anwar juga menafikan dakwaan terbaru tersebut semalam. Penganalisis politik dari USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga bersetuju dengan pandangan Ibrahim sambil menegaskan dakwaan skandal terbaru ini boleh menjejaskan pengundi-pengundi atas pagar.

“Perkara terakhir Pakatan perlu lakukan ialah menghadapi perkara ini khususnya soal waktu (isu ini didedahkan).

“Anwar adalah kapten yang menghubungkan kedua-dua PAS dan DAP, tetapi beliau kelihatan satu liabiliti memandangkan beliau berhadapan dengan siri krisis yang akan memberi kesan ke atas Pakatan,” kata beliau ketika dihubungi.

“Malah isunya sama ada PAS dan DAP mahu menyokong penuh Anwar sekarang,” tambah Sivamurugan.

Menurut beliau, PKR kini perlu fikir kemungkinan pengganti kepada Anwar tetapi masalahnya ialah mencari calon yang boleh memenuhi ‘citarasa’ kedua-dua PAS dan DAP.

“Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu.

“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi.

Cuba fikir-fikirkan... (IH/The Malaysian Insider)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails