Wednesday, March 20, 2024

Rasuah 12 juta: Biasa, 'bapa borek.. & Kontena Israel lepas?

 

Foto hiasan.

15 penjawat awam ditahan terima rasuah lebih RM2 juta daripada penyeludup

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 15 penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara.

Semua suspek berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Penahanan dilakukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM susulan Op Samba 2.0 yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak minggu lalu.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati semua suspek disyaki terbabit dalam perbuatan itu antara 2017 hingga 2023.

"Suspek yang ditahan dipercayai menerima wang rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak serta beberapa barangan lain," katanya.

Susulan penahanan itu, AML SPRM merampas barangan seperti telefon bimbit selain membekukan akaun bank semua suspek.

Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan 15 suspek terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, semua suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

Sebelum ini SPRM dilapor menahan reman 11 individu termasuk lima penjawat awam kerana terbabit kegiatan sindiket berkenaan.

Modus operandi sindiket itu termasuk menggunakan khidmat 'forwarding agent' sebagai orang tengah bagi pembayaran habuan kepada penguat kuasa untuk melicinkan proses penyeludupan arak, rokok, tembakau dan barangan lain tanpa melalui pengisytiharan serta pemeriksaan yang sepatutnya.

Sindiket itu juga dipercayai menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Selain itu, sindiket dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan 'syarikat hantu', melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Rasuah 12 juta: Biasa di negara ini, 'bapa borek anak rintik..

Tapi, ini lebih aneh! Kontena Israel terlepas keluar di jalan raya kita?

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan hanya memberi amaran keras kepada pengendali pelabuhan yang ‘tersilap; membenarkan kontena tertera logo syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM bergerak di lebuh raya di negara ini tidak melambangkan tatakelola yang diamalkan.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, pihaknya percaya dengan apa yang Ahli Parlimen Tambun ingin laksanakan tentang tatakelola, tetapi malangnya terdapat banyak kes yang terlepas pandang dari segi penguatkuasaan.

“Semalam kita dikejutkan dengan laporan berita yang mengatakan kontena Israel, syarikat perkapalan ZIM terlepas keluar di jalan raya kita.

“Menteri kata sekadar beri amaran keras, mana boleh Tan Sri Yang di-Pertua kalau KK Mart punya bagai nak rak kita ambil tindakan dan kenapa tiada tindakan undang-undang dan kertas siasatan dibuka terhadap kecuaian yang berlaku di pelabuhan,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat dasar di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Fayhsal turut membangkitkan ‘kebisuan’ kerajaan terhadap isu antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Rajawali yang membabitkan nasib dan masa depan orang-orang FELDA.

“Kita ada full oficial agreement antara FELDA dan Rajawali yang bernilai USD, RM719 juta dan FELDA ada pegangan dalam Eagle High sebanyak 37 peratus tetapi siapa yang bertanggungjawab di atas kerugian FELDA, yang buat onar pada FELDA diberi penghapusan hukuman pada hari tu.

“Jadi orang yang buat jenayah kolar putih diberi pelepasan, orang yang mencuri tin milo kena penjara, jadi ini tatakelola macam mana?

“Kita ingin pastikan kerajaan Madani ini buat kerja yang betul, hormati janji kepada rakyat barulah ekonomi kembali stabil,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/03/2024

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

5 comments:

Anonymous said...

Pas masih berhutang. Tapi 47 kes ada dalam kerajaan. Maknanya kes rasuah xkan selesai.

Anonymous said...

47 kes tersebut biar mahkamah yg menyelesaikan. Pasti akan selesai nanti.
Samada yg punya kes akan kalah atau menang, biar perbicaraan dilakukan hingga kapenghujungnya.

Sedangkan kes Najib pun masih berjalan sekian lama, maka pasti 47 kes itu akan berjalan lama juga.

Lain dengan kes Pas, ianya dah selesai, tinggal lagi bila Pas akan membayar hutang mereka.

Itu perbedaannya.

Anonymous said...

Hutang sesama PAS Kira burn la wooii

Anonymous said...

Di kampung dulu.

Orang alim dan tok guru alim dikenali dan dihormati

Kampung sekarang

Ustaz viral suka kafir halal haram dihormati. Alim ulama tok guru kampung tenggelam.

Anonymous said...

Sarawak tolak formula Rafizi. Orang kata formula Rafizi PADU nak bagi orang Sarawak supaya ber jalan berbogel telanjang bulat.

Kah kah kah masa buat PADU Menteri Formula tak bincang bincang dolu ker sesama komponen parti.. Duit dah banyak habis tetiba Sarawak reject daftar PADU.

https://vt.tiktok.com/ZSF9eKDfQ/

Orang Sarawak Hentikan Pendaftaran PADU Serta Merta. Kerajaan Sarawak mempunyai keraguan tentang keperluan warganya untuk melengkapkan pendaftaran di Pusat Pangkalan Data Pusat (Padu), demikian yang diungkapkan oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Warga asing boleh dapat barang bersubsidi jugak ke..!? Kalau warga asing dapat subsidi tanpa isi PADU warga tempatan pulak kena daftar PADU baru dapat subsidi... Kanina cibai bangang punya formula macam ni..

Pemerintah negeri mempunyai sedikit keraguan tentang ini. Ia telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. YB Hasidah telah diminta untuk menyelidik perkara ini. “Untuk Sarawak, kami telah meminta agar ia diubah

Menteri Formula buat PADU ni syok sindri kot. Sepatutnya sebelum PADU dilancar helok bawak bincang sesama komponen parti.

Bawak masuk Dewan Rakyat dolu bentang bahas dan bincang dengan pembangkang sekali Menteri Formula main taram ajer kew..!? Duit dah banyak belanja nak subsidi bersasar bila di tanya adakah warga asing dapat subsidi..

Timbalan Menteri Kewangan lulusan Art anak Lim Kit Siang lansung tak jawab... Menteri Formula lansung bisu walaun PADU dah dipaksa penjawat awam mendaftar. Kanina punya formula

Saya ulangggg..!!


Sarawak tolak formula Rafizi. Orang kata formula Rafizi PADU nak bagi orang Sarawak supaya ber jalan berbogel telanjang bulat. Macam papa tunjuk belalai gajah pada amoi dolu dolu tu. Kalau tak caya Tanya Datuk Eskay. Sampai sekarang jam Omega tak jumpa lagi..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails