Saturday, March 23, 2024

Bantuan kemanusiaan S'pura berjaya, tapi.. & MP pancing

 

Misi menggugurkan bantuan menggunakan pesawat pengangkut C-130 milik RSAF yang dijalankan dengan kerjasama rapat Tentera Udara Jordan. - Foto ihsan FB The Republic of Singapore Air Force

Singapura berjaya laksana misi gugur bantuan kemanusiaan pertama ke Gaza

SINGAPURA: Singapura berjaya melaksanakan misi menggugurkan bantuan kemanusiaan pertamanya ke Gaza semalam, sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga bantuan kemanusiaan negara itu ke kawasan konflik.

Dalam hantaran di Facebook, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) berkata misi menggugurkan bantuan itu menggunakan pesawat pengangkut C-130 milik RSAF yang dijalankan dengan kerjasama rapat Tentera Udara Jordan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

"Kami berharap misi menggugurkan bantuan ini akan membawa sedikit kelegaan kepada situasi kemanusiaan di Gaza," menurut RSAF.

Pakej kemanusiaan Singapura mengandungi pek makanan dan bekalan kritikal termasuk peralatan perubatan.

BERITA BERKAITAN


Komen Weblog Ibnu HasyimBantuan kemanusiaan S'pura berjaya, tapi AS lebih berjaya bontoti Israel. 


Komen lagi, 'Isu pancing MP hangat Dewan Rakyat'  

MINGGU lepas diuar-uarkan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan membentangkan usul bagi menggantung seorang ahli parlimen. Ia seperti diagenda lebih awal.

Perkara itu tertera dalam agenda mesyuarat hari tersebut. Isu terbabit juga dikesan pihak media. Usul itu bertujuan menggantung Ahli Parlimen (MP) Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.

Disebut juga akan digantung kehadiran selama 6 bulan. Tentunya ramai bertanya apa kesalahannya. Sebelum itu ahli parlimen terbabit dilapor mendakwa perdana menteri seorang pemimpin korup.

Kisah itu cukup menarik. Ternyata MP Tasek Gelugur benar-benar berani. Wan Saiful mendakwa beliau dipancing bagi menyokong PMX.

“Mereka hubungi saya melalui telefon, akhirnya saya ambil keputusan tak apalah, jom kita jumpa. Pertemuan pertama pada 17 Januari 2024 di The Westin Bukit Bintang.

“Kemudian pindah di JW Mariot. Selepas itu saya diam, sebab salah seorang yang bertemu itu kawan saya. Sehingga pada istiadat pembukaan Parlimen, saya didekati lagi,” dedah Wan Saiful.

Pendedahan Wan Saiful cuba disekat MP Pakatan Harapan (PH). Mereka bangun dengan mengangkat Peraturan Dewan. Paling bersungguh cuba menghalang Wan Saiful bersuara MP Jelutong. 

Isu tersebut sebenarnya tidak pelik. Sebelum ‘drama politik’ menimpa Wan Saiful jerat sudah mengena enam MP Bersatu. Akhirnya mereka kalah dan membuat ikrar menyokong PMX.

Sesiapa yang mengikuti siaran langsung hujah Wan Saiful terkejut. Dewan Rakyat menjadi tegang seketika. Akhirnya pengerusi mesyuarat mendesak Wan Saiful mohon maaf kepada PMX dan Yang di-Pertuan Agong.

Ahli parlimen terbabit berjiwa besar dan akur. Tidak terhenti isu pancing memancing di situ. Wan Saiful juga mendakwa ada dihubungi SPRM.

Sekali lagi MP PH kepanasan. Mereka mendakwa Wan Saiful berbohong lagi.

Namun, andaian MP PH meleset. Terjah mereka memalukan diri sendiri.

Akhirnya pada kenyataan media, SPRM memberitahu ada menghubungi Wan Saiful. Laporan media Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menyebut MP Tasek Gelugor diberi tempoh sehingga 10 Mac untuk tampil ke SPRM berkaitan pendedahan di parlimen. Siapa bohong? (Ikuti selanjutnya  – HARAKAHDAILY 13/3/2024)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

2 comments:

Anonymous said...

Jangan percaya Singapork Bantu gugurkan bantuan makanan memlalui suara itu uman Yahudi supaya penduduk Gaza keluar dan beekumpulengambil makanan.

Masa makanan itu diambil Oleh ramai penduduk Gaza maka askar Yahudi akan mengunakan bom jarak jauh untuk membunuh penduduk Gaza

Jangan percaya dengan Singapura little Isreal ini Asia Tenggara termasuk adik PAP iaitu DAP di Malaysia

Anonymous said...

Beras tak ade Kau salahkan orang lain. Kan kau dah jad kerajaan dan kau Jadi PMx.. apasal Kau salahkan orang lain..!?

Lihat link bawah ni.. kalau introduction cakap dah tergagap gagap sambil kembang kempis mulut tu itu ada lah tanda tanda otak pembohong papa mula nak berhubung bagi kasi spin sampai jadi.. kikiki tgk link ni tergagap itu tanda nak spin mohong lah tuuuhh

https://vt.tiktok.com/ZSF9MxYph/

Datuk Seri Anwar Ibrahim beras hilang sebab penguatkuasaan dan pemantauan bagi menangani isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) ditambah baik.. Kau Kan PMx apasal Kau salahkan penguatkuasa beras hilang... apasal Kau salahkan orang lain..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails